Aliran laluan sehala atasi kesesakan

Admin

AIR ITAM– Hasil inisiatif Kerajaan Negeri, masalah kesesakan di Jalan Ibbetson dan Jalan Grove Air Itam (kuarters perumahan kerajaan berhampiran Masjid Negeri) pada waktu puncak sedikit sebanyak dapat diatasi ekoran penukaran aliran lalulintas kepada sehala berkuatkusa 11 Jun lalu di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Wong Hon Wai berkata, pendekatan tersebut kini dalam tempoh percubaan selama tiga bulan.

“Ia adalah melibatkan laluan dari Jalan Ibbetson (bahagian hadapan ) hingga kepersimpangan Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

“Melalui pemantauan sebelum ini, kesesakan dipercayai berpunca dari keadaan laluan yang sempit selain penempatan tiga buah sekolah (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Chung Hwa A, SRJKC Chung Hwa B dan Sekolah Mengengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra) di sepanjang laluan yang turut menjadi jalan pintas penduduk setempat,’’ katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Jurutera Lalulintas 1 Jabatan Kejuteraan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Zainuddin Mohamad Shariff.

PAPAN tanda yang dipasang sebagai makluman umum penukaran aliran laluan menjelang waktu puncak di Jalan Ibbetson dan Jalan Grove Air Itam di sini baru-baru ini.
PAPAN tanda yang dipasang sebagai makluman umum penukaran
aliran laluan menjelang waktu puncak di Jalan Ibbetson dan
Jalan Grove Air Itam di sini baru-baru ini.

Tambah Hon Wai, melalui inisiatif tersebut, laluan jalan berkenaan ditukar aliran menjadi sehala pada jam 6.30 pagi hingga 8 pagi dan 12.30 tengah hari hingga 2 petang pada hari persekolahan.

Dalam pada itu, Zainuddin memberitahu bahawa sebagai tindakan lanjut, pihaknya telah memasang papan tanda sebagai makluman awam.