Anjur fun walk waktu malam, HMA 2024 tonjol kelainan

Admin
photo 2024 05 19 14 19 08

KEBUN BUNGA – Kira-kira 1,000 orang mengambil bahagian dalam acara jalan kaki atau fun walk bertemakan ‘Sleep Walking’ dan berbaju tidur sempena Hari Muzium Antarabangsa (HMA 2024) dekat Taman Bandaraya 18 Mei lalu.

Acara disempurnakan oleh mantan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan diiringi Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai.

 

Menurut Guan Eng, HMA 2024 yang disambut setiap 18 Mei mendekatkan orang ramai dengan institusi permuziuman.

photo 2024 05 19 14 19 09 photo 2024 05 19 14 19 08 (1)

“Oleh itu, Malaysia tidak ketinggalan menyambutnya sejak tahun 1997 yang mana setiap muzium negeri akan secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah HMA ini.

“Memandangkan Pulau Pinang kali pertama menjadi tuan rumah maka satu kelainan ditonjolkan melalui acara jalan kaki pada waktu malam sejauh 5 kilometer dari Taman Bandaraya ke Taman Botani,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy; Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP), Haryany Mohamad dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Harry Chai Heng Hua.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR