Anjur pelbagai acara sukan peringkat komuniti, Stay Fit Sunnah Sports Club dipuji

Admin
fdd2e7e5 80fd 4c05 9365 b5b3c77bfad8

GEORGE TOWN – Penglibatan aktif Stay Fit Sunnah Sports Club (SFSSC) dalam menganjurkan pelbagai program dan acara berkaitan sukan pada peringkat komuniti wajar dijadikan teladan.

Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, kejayaan SFSSC menganjurkan program-program berkaitan sukan telah menyuburkan semangat kekitaan dalam kalangan komuniti setempat.

1a382e96 afd1 4ef9 8586 7482af48a56b“Buktinya, penglibatan setiap peserta (dalam pelbagai program dan acara sukan) telah berjaya mencapai objektifnya termasuk berjaya memupuk semangat berpasukan.

9ecc1d2a b065 4e1f ad01 0f3481789729
“Ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri iaitu ‘Sukan Untuk Semua’ yang bertujuan memupuk rutin aktif dan sihat dalam kalangan rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Kon Yeow berkata demikian pada Majlis Aidilfitri dan Sumbangan Kepada Kanak-Kanak Kanser dan Asnaf anjuran kelab sukan berkenaan di sini pada 8 April 2025.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan; Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Harry Chai Heng Hua; Pengerusi SFSSC, Ahmed Faizal Mohd. Lazim selaku tuan rumah dan Pengarah Pusat Khidmat Parlimen Batu Kawan / Padang Kota, Ewe Chee Way.

Turut serta, Timbalan Pengerusi SFSSC, Mohamed Basir Haja Mydin; Penasihat SFSSC, Dato’ Dr. M. Amir Shah; Pesuruhjaya Buddhist Tzu-Chi Merits Society Malaysia, Dato’ Khoo Boo Leong serta beberapa Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

8f5d0a51 6259 44c7 8965 34bbee977a07Dalam majlis sama, Kon Yeow turut memuji kepimpinan teraju SFSSC kerana sebagai sebuah kelab sukan, SFSSC juga telah berjaya membantu ramai pihak yang kurang bernasib baik melalui agihan sumbangan.

5ba740b6 9cdc 4fc9 82b8 a33c908376aa
Selain meraikan komuniti setempat, majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di premis Persatuan Hidayatul Islam itu turut meraikan anak-anak dari Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN).

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Kon Yeow berkata, walaupun Pulau Pinang dikenali sebagai ‘syurga makanan’, namun kita masih perlu cakna akan kesihatan kendiri.

“Tidak dinafikan, para pelancong yang datang ke sini adalah semata-mata ingin menikmati pelbagai jenis makanan yang ada.

9c2e0151 a952 4c34 97d3 6af86ed34f6f“Akan tetapi, haruslah sentiasa beringat bahawa kesihatan kendiri adalah penting dan perlu ada keseimbangan dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

“(Oleh itu), saya menyeru kepada semua pihak supaya cakna akan kesihatan kendiri ataupun sertai program yang dianjurkan oleh SFSSC untuk kekal sihat,” katanya yang disusuli dengan tepukan gemuruh hadirin.

Pada majlis berkaitan, Kon Yeow turut meluangkan masa menyantuni para tetamu termasuk memberi sumbangan ‘duit raya’ kepada tetamu cilik.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR

Video : SITI NURATIKAH RAHMAT