Anugerah SME 100 julung kali pilih negeri

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Buat julung kalinya, Anugerah SME 100 yang memberi pengiktirafan tahunan kepada 100 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (IKS) yang mencapai tahap pencapaian cemerlang di Malaysia bakal diadakan serentak di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, anugerah yang mendapat usahasama daripada SME Magazine dan Small and Medium Enterprise Association of Malaysia (SAMENTA) juga bakal menyambut ulangtahun ke-25 pada tahun ini.

Presiden SAMENTA, Koay Chiew Guan berkata, majlis tersebut merupakan anugerah tahunan bagi mengiktiraf 100 IKS dari segi pertumbuhan keuntungan dan penjanaan pelaburan termasuk penglibatan dalam teknologi kajian serta pembangunan (R&D).

“Kami amat berbesar hati dengan usahasama yang terjalin bagi menonjolkan 100 buah syarikat IKS yang terkemuka di Malaysia.

“Anugerah ini turut mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penggiat IKS dan menjangkakan penglibatan lebih 500 IKS dalam majlis yang bakal diadakan nanti,” kata dalam sidang media promosi yang di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim turut memperakui peranan penting yang dimainkan penggiat IKS dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.

“Walaupun dalam krisis ekonomi, penggiat IKS masih mampu ‘selamat’ dan meneruskan operasi mereka seperti biasa.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya, memberi sepenuh sokongan kepada penggiat IKS negeri dengan memberi galakan moral serta fizikal bagi tujuan pembangunan dan perkembangan IKS.

“Kita (Kerajaan Negeri) mahu setiap keluaran IKS mempunyai label ‘Buatan Malaysia’,” tegas beliau.

ABDuL Malik Abul Kassim dan Koay chiew Guan (empat dari kiri) bersama wakil agensi terlibat dalam Anugerah SME 100 menunjukkan trofi dan plat penghargaan yang bakal diterima 100 penggiat IKS terkemuka negara pada majlis yang bakal dilangsungkan.
ABDuL Malik Abul Kassim dan Koay chiew Guan (empat dari kiri) bersama wakil
agensi terlibat dalam Anugerah SME 100 menunjukkan trofi dan plat penghargaan
yang bakal diterima 100 penggiat IKS terkemuka negara pada majlis yang bakal
dilangsungkan.