Anwar kutuk serangan rejim ke atas petugas MAPIM

rejim

PANTAI JEREJAK – Kerajaan Persekutuan hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di utara Gaza pada 15 Mac lalu.

 

Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim berkata bahawa tindakan rejim Israel itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga mengorbankan lapan petugas MAPIM .

 

Pembunuhan dan kezaliman ke atas sukarelawan MAPIM yang bertugas membantu pesakit atas (kerja-kerja) kemanusiaan di Gaza, kejam.

 

“Kerajaan (Malaysia) secara rasmi menyatakan bantahan keras terhadap keganasan berterusan (rejim Israel),” ujarnya.

 

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pulau Pinang bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini, petang ini.

 

Difahamkan, selepas mesyuarat khas Anwar dijadualkan menghadiri beberapa program sebelum berbuka puasa di Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang di Bandar Tasek Mutiara dan berlepas ke ibu negara pada malam ini.

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR