Ascott Gurney Penang milik Plenitude Berhad kini dibuka

Admin

GEORGE TOWNAscott Gurney Penang, berkonsepkan hotel dan pangsapuri perkhidmatan milik Plenitude Berhad iaitu sebuah syarikat tersenarai awam dalam pelaburan bidang perhotelan dan pembangunan hartanah kini dibuka kepada umum.

 

Pengurus Besar The Ascott Limited Malaysia (Ascott), Mondi Mecja berkata bahawa pihaknya amat berbesar hati apabila dapat memperkenalkan hartanah terbaharu berjenama Ascott yang pertama di Pulau Pinang iaitu Ascott Gurney Penang.

 

“Di Ascott Gurney Penang, kami (Ascott) menawarkan perkhidmatan hospitaliti yang eksklusif serta mementingkan keselesaan yang sempurna kepada pengunjung dari seluruh dunia.

 

“Malah, kami turut menyediakan bilik yang luas dan direka dengan kesempurnaan serta dilengkapi pelbagai kemudahan yang mana pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berada di rumah sendiri di Ascott Gurney Penang.

 

“(Dan) reputasi ini terbukti apabila jenama Ascott menerima pengiktirafan sebagai ‘Jenama Pangsapuri Servis Terkemuka di Dunia’ di World Travel Award 2021 baru-baru ini,” ujarnya sambil mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke Ascott Gurney Penang untuk merasai layanan mesra cara Ascott di salah sebuah bandar bersejarah di Malaysia, Pulau Pinang.

ANTARA unit terbaik di Ascott Gurney Penang.

 

 

Mondi Mecja berkata demikian pada majlis perasmian pembukaan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak pada 3 Mac 2022. Turut serta Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin.

 

 

Dalam masa sama, Mondi Mecja juga yakin tentang prospek perluasan perniagaannya di Malaysia termasuk di Pulau Pinang meskipun terpaksa berdepan dengan pandemik COVID-19. 

 

“Kami gembira apabila dapat membawa momentum positif ini dan dengan membawa jenama global dalam industri pelancongan dan perhotelan, Ascott akan terus mengembangkan operasi yang mana menjelang suku ketiga tahun ini, kami menjangkakan pembukaan tiga lagi hartanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,” katanya.

SUASANA memukau dengan latar belakang menghadap laut.

 

Terletak di persisir Persiaran Gurney, Ascott Gurney Penang pastinya dapat memenuhi kehendak pengunjung yang datang bercuti mahupun atas urusan perniagaan.

 

 

 

Ascott Gurney Penang menawarkan 271 bilik penginapan berkonsepkan moden dari unit studio hingga ke pangsapuri dua bilik tidur serta lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang infiniti, gymnasium, bilik yoga, ‘lounge’, taman permainan kanak-kanak, ruangan khas barbeku, bilik mesyuarat dan dewan utama yang mampu menampung sehingga 800 tetamu dalam satu-satu masa.

 

Sempena pembukaan, Ascott Gurney Penang kini menawarkan kadar istimewa bermula dari RM388 semalam untuk ahli Ascott Star Rewards (ASR). Keahlian ASR adalah percuma. Promosi ini sah bermula 3 Mac 2022 sehingga 30 September 2022. 

KOLAM renang untuk kanak-kanak.

 

Sementara itu, Sky Residence Prai iaitu salah satu hartanah di bawah The Ascott Limited yang terletak di Menara Sentral, Jalan Juru Sentral dekat Bukit Mertajam telah dibuka kepada umum sejak November 2021. Kini, ia semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengunjung perniagaan, korporat dan berkeluarga.

 

SKY Residence Prai.

 

Menurut Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran, Lee Ai Leng berkata, Sky Residence Prai menawarkan saiz bilik yang besar bermula dari 39 meter persegi selain lokasinya yang terletak berdekatan Juru Sentral dan Icon City bagi memenuhi keperluan rekreasi dan rehat pengunjung.

 

Ruang bilik yang besar dan kelengkapan yang disediakan di setiap bilik menjadi tarikan utama terutama mereka yang berkeluarga.

 

 

“Malah, kami juga menerima tempahan penginapan selama sembilan bulan daripada pengunjung korporat dan kilang-kilang berhampiran.

 

“(Dan) sehingga Disember 2021, kadar penginapan di sini melonjak daripada 20 peratus ke 60 peratus,” tambahnya.

 

Sky Residence Prai menawarkan 168 unit bilik daripada jenis studio hingga ke unit pangsapuri dua bilik yang lengkap dengan kemudahan seperti mesin basuh dan kering, dapur induksi, ketuhar gelombang mikro, ruang tamu yang luas dan selesa serta moden. Malah, bangunan tersebut juga menerapkan konsep bangunan hijau dan mesra alam sekitar.

 

————————————————————————————————

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila layari www.discoverasr.com atau hubungi talian +604-370 7000 atau emel ke [email protected].

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ALISSALA THIAN