Jenis Aktiviti Yang Memerlukan Lesen
- Premis makanan
- Perniagaan atau perindustrian
- Rumah urut
- Kandang lembu/kuda
- Memelihara khinzir
- Pasar persendirian
- Tempat letak kereta persendirian
- Iklan
- Iklan sementara (kain rentang/sepanduk)
- Garaj
- Tempat hiburan awam
- Penjaja
- Gerai jalan awam/ gerai tanah swasta
- Gerai bermusim
- Kenderaan tanpa motor
- Pusat penjagaan haiwan
- Perniagaan kecil
- Beca awam
- Gerai pasar, tapak penjaja sementara
- Kilang/industri
- Perhotelan
Cara Memohon Lesen Untuk Pelbagai Perniagaan
-
Dapatkan boring permohonan (Borang Komposit) di kaunter Bahagian Perlesenan (BP).
-
Isikan boring lengkap dengan sertakan dokumen yang diperlukan.
-
Kemukakan borang di BP dan surat akuan terima akan dihantarkan kepada pemohon.
-
Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan di premis mengikut permohonan anda.
-
Pemohon akan dihubungi melalui surat sama ada permohonan diluluskan atau ditolak sebelum sebarang surat pengeluaran lesen disahkan.
Cara Membuat Lesen Untuk Penjaja dan Gerai
-
Dapatkan borang di kaunter Jabatan Perlesenan (JP).
-
Isikan boring lengkap dengan sertakan dokumen yang diperlukan.
-
Kemukakan borang di JP dan kad akuan terima akan dihantarkan kepada pemohon.
-
Untuk gerai pasar, tapak penjaja sementara dan kompleks majlis, pemohon akan dipanggil untuk temuduga apabila terdapat kekosongan gerai.
-
Untuk penjaja (statik/beredar), pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas tapak lokasi mengikut pemohonan.
-
Pemohon akan dihubungi melalui surat berkenaan keputusan permohonan.