Bahan buangan ceriakan kawasan sekolah

Admin

KITAR SEMULA…. Ketika ramai tidak berfikir panjang apabila membuang botol plastik, tin aluminium dan tayar terpakai ke dalam tong sampah, sekumpulan murid-murid dan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Moh Gee (Pusat) di Lorong Perak, di sini gigih berusaha memastikan bahan-bahan buangan tersebut tidak berakhir di tapak pelupusan.

Usaha itu bukan sahaja berjaya menceriakan kawasan sekolah berkenaan, malah mendapat pujian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo yang berkunjung ke sekolah berkenaan baru-baru ini.

Jagdeep ketika lawatan ringkasnya tempoh hari, turut bersama-sama para pelajar dan guru-guru berkenaan menyinsing lengan mewarnakan bahan-bahan terbuang berkenaan yang digunakan untuk menceriakan kawasan sekolah.

Hadir sama ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim.