CATATAN Y.A.B. KETUA MENTERI “Tanggungjawab menjaga kebersihan selalunya dianggap sebagai tugas pihak berkuasa terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan. Pandangan ini adalah salah sebenarnya. Sebaliknya jika setiap orang daripada kita sedar akan kebersihan adalah tanggungjawab bersama, sebenarnya apa yang diperlukan cuma sedikit sahaja, iaitu dengan tidak mengotorkan kawasan di sekeliling kita...