Bajet 2019: RM3.3 juta persediaan hadapi bencana – YDP MPSP

SEBERANG JAYA – Demi rakyat, Bajet 2019 Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memperuntukan RM3.3 juta sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang bencana yang tidak dingini pada tahun hadapan.

Yang di-Pertuanya Dato’ Sr. Rozali Mohamud memberitahu, belanjawan kali ini turut mengambil kira pengalaman kakitangan MPSP melaksanakan kerja-kerja pemulihan semula bandar selepas kejadian fenomena hujan terlalu lebat, ribut serta banjir besar dalam kejadian bencana pada 4 November 2017.

“Kriteria bandar yang berdaya huni adalah MPSP dan Seberang Perai perlu kembali pulih selepas berlakunya sesuatu kejadian atau bencana.

“Oleh itu, sebagai langkah persediaan, MPSP akan membina ‘Chiller Plant’ dan memasang sistem ‘Variable Speed Chiller Water Pump’ di Menara MPSP sebanyak RM3.3 juta bagi memastikan MPSP dapat beroperasi ketika berlakunya bencana,” jelasnya ketika membentangkan Bajet Tahun 2019 MPSP di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda pada 25 September 2018.

Bertemakan ‘Menyantuni Rakyat’, Rozali memberitahu salah satu daripada empat objektif utama Bajet Tahun 2019 MPSP dibentuk termasuk peruntukan RM3.3 juta ini dicadangkan adalah demi ‘Meningkatkan Taraf Hidup Serta Kualiti Hidup Rakyat’.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar: FAIZ ABDUL HALIM (Jurugambar MPSP)