Bandar Cassia: Bandar Eko-Pintar Pertama di Pulau Pinang

Admin
 5. bicycle lane 1

Dinamakan sempena bunga Cassia Siamea, Bandar Cassia di Batu Kawan merupakan pembangunan perbandaran baru yang terbesar di Pulau Pinang, menjangkaui 6,326 ekar dan diunjurkan sebagai pemangkin perkembangan ekonomi negeri malahan juga untuk wilayah Utara.

 

Visi Teladan Sebuah Perbandaran Moden

Setara dengan pembangunan ekonomi mampan, PDC membayangkan Bandar Cassia sebagai sebuah bandar eko-pintar bersepadu yang menawarkan gaya hidup seimbang dalam kalangan komuniti yang meriah.

Dengan akses terus ke Pulau melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan jalinan terus ke Lebuhraya Utara Selatan, kemudahan seperti ini mampu merangsang pelaburan, menggiatkan aktiviti ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan populasi setempat.

Seiring dengan Visi Penang2030, perancangan yang komprehensif ini memastikan gaya hidup yang berkualiti tinggi dan peningkatan kebolehdiaman dapat dicapai dan menjadikan Bandar Cassia sebagai teladan sebuah perbandaran moden abad ke-21.

Jadual 1: Zon dan Keluasan Tanah di Bandar Cassia

picture1

 

Gabungan Harmoni antara Taman Perindustrian, Kediaman, Komersial dan Rekreasi

Pembinaan Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP) pada tahun 2011 dan disusuli dengan Taman Teknologi Bandar Cassia (BCTP) dan Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) adalah bagi menampung keperluan industri elektrikal dan elektronik (E&E), teknologi perubatan, aero angkasa/penerbangan, kejuruteraan ketepatan dan industri peralatan. Dan dengan perancangan pembinaan Taman Perindustrian Batu Kawan 2 pada masa hadapan, ketersediaan tanah terus mengekalkan legasi Pulau Pinang sebagai penyumbang pelaburan berimpak tinggi kepada ekonomi negara.

 7. penang design village 1
PENANG Design Village.

Dengan terbinanya Stadium Batu Kawan pada tahun 1999 dan juga fasa permulaan pembangunan kediaman oleh PDC, pihak pemaju swasta telah mula menawarkan pelbagai jenis pembangunan seperti kediaman dan lot komersial. Antaranya termasuk Penang Design Village dan kediaman mewah dari PE Development; Vision City yang merangkumi IKEA dan juga blok komersial serta kondominium yang dibangunkan oleh Aspen Group; pembangunan bercampur yang dikenali sebagai Eco Horizon oleh Eco World; dua institusi pengajian tinggi terkenal Kolej KDU UOW Malaysia (bersambung dengan lot kediaman dan komersial dari pemaju Paramount Property) dan Kolej Penisula milik PKT yang juga merupakan pemilik The 12 Waves, gudang simpanan satu tingkat yang terbesar di Malaysia.

Sebagai sebuah projek bertujuan untuk mempromosikan eko-pelancongan di samping menyediakan servis perubatan bertaraf dunia, Bandar Perubatan Bandar Cassia sememangnya dinantikan oleh banyak pihak. Pembangunan bersepadu ini bertujuan untuk menampung populasi akan datang yang dianggarkan seramai 250,000 penduduk dengan peruntukan di antara 45,000 sehingga 50,000 unit perumahan.

 

Kejayaan Bandar Cassia

Potensi sebuah bandar yang terancang dan bersepadu seperti Bandar Cassia membuktikan ia mampu memenuhi permintaan gaya hidup moden. Dengan kemampuan untuk merangsang ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan, Bandar Cassia menonjolkan komitmen, perancangan ke hadapan dan innovasi PDC dalam menerajui pembandaran mampan di Pulau Pinang.

 

(Artikel oleh PDC)