Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PULAU Pinang turut dikenali sebagai destinasi pelancongan pilihan di r a n t a u i n i k e r a n a makanannya yang enak.
Ti d a k j a u h d a r i Lapangan Te r b a n g Antarabangsa Pulau Pinang dekat Bayan Lepas, ada restoran Bangkok Tomyam.
Restoran ini terletak di Jalan Mahkamah, lebih kurang 500 meter dari Hotel Tabung Haji.
Jalan-jalan kali ini tentulah di Bangkok Tomyam.
Nama pun dah Bangkok Tomyam. Tentu kita sudah boleh membayangkan apakah resepi istimewa di restoran ini?
Memang ya, kebanyakan masakan asli di sini dari Selatan Thai hingga Bangkok.
Isteri, Siti Hajar Hassan memesan nasi putih, tomyam sotong, telur dadar dan teh ‘o’ ais laici.
Saya pula macam biasa, nasi putih, daging goreng kunyit, sup kosong dan sambal belacan serta air jus oren dan ais kosong.
Tak sampai 10 minit, semua makan sampai, lebih awal daripada air sampai.
“Kalau kedai mamak, air sampai dulu,” saya berseloroh.
IDENTITI
Selalunya, saya memilih menu yang sama. Maka, tidak susah untuk saya nilai mutu masakan di restoran-restoran yang pernah saya tandang.
“Kedai bersih. Dapur masakan pun bersih.
Makanannya, sedap seperti di kedai lain juga,” ujar saya.
“Istimewanya kedai ini, masakan yang dipesan cepat sampai,” respon Siti Hajar.
K a d a n g – k a d a n g , p e l a n g g a n l e b i h mengutamakan mutu perkhidmatan, berbanding mutu makanan.
Bangkok Tomyam berjaya membina identiti sendiri, iaitu makanan yang dipesan cepat terhidang macam kilat.
CAT
Di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri pun, Ketua
Menterinya Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri cuba membina identiti tersendiri sejak tampuk kuasa Kerajaan Negeri berpindah
tangan, 8 Mac 2008 lepas.
Kalau kita tidak lupa, Guan Eng mengamalkan tender terbuka.
Menurut Guan Eng, amalan tender terbuka lebih t e l u s s e r t a menguntungkan rakyat.
P emb a n g k a n g Kerajaan Neger i menuduh pentadbiran Gua n En g c u b a menghakis kuasa M e l a y u s e r t a menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sampai sekarang, Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) terus dipertahan sebagai salah satu identiti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Barisan Nasional menjual 3,661 ekar tanah dan memperoleh hasil RM1.06 bilion kerana
rundingan langsung.
Pentadbiran Guan Eng menjual 106.1 ekar tanah dan mengaut hasil RM1.11 bilion kerana tender terbuka.
Padanlah, Kewangan Pulau Pinang diiktiraf dalam Laporan Ketua Audit Negara. Integriti menjadi identiti Kerajaan Negeri.
K E N A L I TOMYAM BANGKOK
“Sebenarnya masakan paling istimewa di sini bukan daging goreng kunyit atau tomyam sotong.
“Paling istimewa di sini adalah ikan siakap masak stim (kerana) tak bau hanyir dan sangat sedap diratah,” jelas kenalan saya itu.
Harga ikut saiz ikan.
Kalau saya tidak datang berduaan, saya akan pesan makanan ikut set kerana lebih murah dan berbaloi.
Dari segi harga pun, cukup berpatutan. Tak rugi datang bertandang di sini.
Terlanjur bercakap mengenai keistimewaan Bangkok Tomyam ini, saya sempat temuramah dua pekerja tempatan di warung ini.
Dari maklum balas yang diterima, tujuh tukang masak wanita adalah tulang belakang Tomyam Bangkok ‘masak cepat macam kilat’.
Lima pekerja lelaki lain berperanan sebagai pelayan, juruwang dan ‘bentara’.
Difahamkan, Tomyam Bangkok mula beroperasi hampir 15 tahun dahulu.
Pemiliknya, orang tempatan yang mesra dengan panggilan Kong.
Isteri Kong orang Pattani. Namanya, Sunida Behnawan.
Sunida dikenali cekap dalam bidang masakan, sekaligus, melengkapkan pengalaman serta bakat berniaga yang ada pada diri
Kong sendiri.
Bangkok Tomyam beroperasi tiap-tiap hari, bermula jam 12 tengah hari hingga 1 pagi.
Bangkok Tomyam paling ramai dikunjungi pada waktu rehat hari bekerja kerana masakan panas-panas boleh dinikmati
‘cepat macam kilat’.
Hubungi segera 04 – 643 2205 atau 012 – 425 9227 kerana Bangkok Tomyam turut menyediakan khidmat pesanan
pelbagai makanan.
Paling baik, datang sendiri ke sini dan nikmati masakan ala Bangkok seperti saya.
Berbaloi!