Bangunan asrama baru penginapan khas pelajar Pulau Pinang di Universiti Al-Azhar

Admin
9d17ee00 4eba 4b3f 9504 db293b8afcc9 DR. Mohamad Abdul Hamid (duduk, kanan sekali) ketika bertemu dengan pihak berwajib bagi merealisasikan usaha MAINPP membeli bangunan baharu di Kaherah.

SETAKAT ini, lapan daripada 12 program yang dirancang peringkat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah dilaksanakan dengan melibatkan perbelanjaan dana tawaqquf.  

Timbalan Ketua Menteri I, DATO’ DR. MOHAMAD ABDUL HAMID memberitahu bahawa salah satu projek yang telah berjaya dilaksanakan adalah pembelian bangunan baharu di Kaherah, Mesir dengan melibatkan perbelanjaan dana tawaqquf sejumlah RM17 juta. 

2df6f076 3dfa 4dc8 b363 1cb90d6e2588
WAJAH bangunan baharu yang dijadikan asrama penempatan pelajar-pelajar di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir dan ia menjadi simbol usaha MAINPP selama ini dalam memartabat pendidikan Islam Pulau Pinang.

Beliau yang juga ADUN Batu Maung turut menjelaskan bahawa ‘dana tawaquf’ adalah suatu istilah di negeri Pulau Pinang sahaja yang mana merujuk kepada baki dana kutipan zakat yang sepatutnya diagihkan dalam tahun semasa, dan mesti dibelanjakan dalam had tempoh enam bulan pada tahun berikutnya sebahagaimana difatwakan sebelum ini. 

Pun begitu, tambah Mohamad, mengambil kira perancangan pembangunan semasa yang melebihi tempoh enam bulan, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang membenarkan dana tawaquf itu dibelanjakan dalam tempoh 12 bulan berikutnya dengan had maksimum perbelanjaan adalah selama 10 tahun mengikut tahun semasa ia tidak dibelanjakan.  

e6ee8fb5 af4b 43e4 a1ac b69033b8d7cd
KHAIRUL Aman Bistaman

Wartawan Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB cuba mendapatkan komentar lanjut daripada ENCIK KHAIRUL AMAN BISTAMAN, 53, yang merupakan Atase Pendidikan Sementara di bawah MAINPP yang baru ditugaskan untuk membantu tugas-tugas khas kedutaan di Kaherah, Mesir.  

Menerusi sesi telesidang, Ustaz Khairul Aman yang juga Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) memberitahu bahawa inisiatif membeli bangunan baharu di Nasr City, Kaherah itu sebenarnya mula direncana sejak tahun 2019. 

“Oleh kerana COVID-19 melanda dunia termasuk Mesir, usaha membeli bangunan baharu untuk dijadikan penempatan pelajar-pelajar kelahiran Pulau Pinang di Universiti Al-Azhar, Mesir tertangguh dari tahun 2020 hingga 2022. 

“Pada hujung tahun 2022, apabila COVID-19 kian reda, MAINPP meneruskan usaha tertangguh itu yang mana Surat Niat telah dikeluarkan kepada penjual bangunan tersebut pada awal tahun 2023. 

“Dato’ Timbalan Ketua Menteri yang baru dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis (MAINPP) telah mengarahkan supaya usaha membeli bangunan baharu tersebut dipercepatkan, dengan pembayaran awalan kira-kira 40 peratus dibuat semasa itu.  

“Masih saya ingat lagi, Dato’ Timbalan Ketua Menteri I menyasarkan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan tersebut dapat disegerakan untuk digunakan sebagai penempatan pelajar, sempena kemasukan pada bulan September 2024. 

Beliau sendiri bersama-sama beberapa pemimpin negeri Pulau Pinang terbang dari Malaysia, untuk menyempurna Majlis Penyerahan Bangunan Kosong kepada MAINPP pada bulan September baru-baru ini,” jelasnya kepada Buletin Mutiara pada 7 Januari lalu.

885455a9 8633 438e 8de2 b846c05cdc9a
TIMBALAN Ketua Menteri ketika mengadakan lawatan ke bangunan baharu di Nasr City, Kaherah yang kini dijadikan sebagai penempatan pelajar-pelajar kelahiran Pulau Pinang di Universiti Al-Azhar, Mesir pada awal November lalu.

Buletin Mutiara difahamkan, bangunan asrama baharu tersebut adalah setinggi 11 tingkat dan mempunyai aras bawah tanah serta aras bumbung. Pada satu-satu masa,bangunan tersebut boleh menampung kapasiti maksimum penghuni seramai 180 orang. 

Mengulas lanjut, Ustaz Khairul Aman menyatakan bahawaKerajaan Negeri hari ini menerusi MAINPP dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) sebenarnya sedar dan cakna mengenai peningkatan jumlah pelajar Pulau Pinang yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir. 

“Usaha pembelian bangunan ini telah bermula beberapa tahun lepas (sejak 2019) dan disempurnakan selepas Dato’ Timbalan Ketua Menteri I (Mohamad) dilantik sebagai Yang Dipertua MAINPP. 

“Pembelian bangunan baharu ini memberitahu kepada kita semua bahawa MAINPP dan Zakat Pulau Pinang (ZPP)senantiasa berusaha memenuhi keperluan dan kebajikan para pelajarnya (anak kelahiran Pulau Pinang yang melanjutkan pengajian di sini (Kaherah, Mesir),” ulasnya lanjut

d5a6bda6 25cb 41e4 805d 800f7bce0591
RUANG dalaman bangunan baharu.

7e06a8e1 3b59 4642 9e96 4ab5c58589f7 e413ecf9 9435 4856 965d 799861f9b721Bukan setakat itu sahaja, beliau menjelaskan bahawa di bawah pentadbiran Mohamad selaku Yang Dipertua MAINPP baharu juga turut meluluskan sejumlah peruntukan dari sumber ZPP bagi menyelenggara bangunan asrama lama sedia ada untuk pelajar-pelajar kelahiran Pulau Pinang di Universiti Al-Azhar, Mesir. 

“Saban tahun, jumlah pelajar dari negeri Pulau Pinang di Universiti Al-Azhar semakin meningkat, namun, bangunan asrama sedia ada tidak cukup untuk menampung peningkatan para pelajar kita.  

“Bangunan asrama sedia ada pada satu-satu masa boleh menampung antara 55 hingga 60 orang sahaja. 

“Bangunan asrama sedia ada dalam keadaan lama dan uzur kerana dibeli pasa tahun 1978, kali terakhir diselenggara pada tahun 2008. 

“Apabila keadaan bangunan lama dan uzur ini sampai ke pengetahuan Dato’ Timbalan Ketua Menteri I, beliau telah mendapatkan kelulusan peruntukan Zakat Pulau Pinang (ZPP)dengan jumlah tertentu, untuk kerja-kerja membaik pulih agar mereka yang menghuni di asrama ini turut merasai keselesaan sama seperti mereka yang mendapat tempat di bangunan asrama baru, sempena kemasukan pelajar pada bulan September 2024,” ujarnya sambil memberitahu bahawa bangunan lama dan baharu secara kebetulan berada saling menyebelah serta berada dalam kawasan penempatan asrama pelajar-pelajar Malaysia dari negeri lain juga. 

Selain itu, Khairul Aman memberitahu bahawa MAINPP buat kali pertama sejak 42 tahun lepas telah menghantar seorang atase atau pegawai yang ditugaskan untuk membantu pihak kedutaan Malaysia untuk tugas-tugas khas berkaitan soal kebajikan, penginapan dan penyelenggaraan penempatan anak-anak Pulau Pinang yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.  

“Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia memang ada menghantar atase, tetapi Pulau Pinang buat kali pertamanya selama 42 tahun MAINPP baru menghantar atase ke Kaherah, Mesir. 

“Mungkin kerana Dato’ Timbalan Ketua Menteri I menyedari jumlah pelajar dari negeri Pulau Pinang, di sini (Kaherah, Mesir) semakin meningkat, maka keperluan menguruskan dan menyelenggaran kedua-dua bangunan asrama ini untuk memastikan soal kebajikan pelajar terus dijamin, maka MAINPP diarahkan untuk menghantar atase,” katanya

Buat masa ini, Khairul Aman menyatakan bahawaperjawatannya adalah ‘Atase Pendidikan Sementara’ di bawah MAINPP, sementara mendapatkan visa dari kedutaan yang mungkin memakan masa dalam tiga hingga empat bulan. 

“Harapan kita (MAINPP), mereka yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan kemudahan penginapan lebih selesa serta Derma Siswa (bantuan kewangan) dari sumber zakat, suatu hari nanti akan pulang ke Pulau Pinang dan bersama-sama Kerajaan Negeri hari ini membangunkan upaya umat Islam,” jelasnya.