Banteras 121 ‘penjaja haram’ hasrat pelanggan MPSP – YDP

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada awal tahun ini sahaja direkodkan melaksanakan penguatkuasaan berwajib ke atas 121 penjaja tanpa lesen membabitkan 21 operasi di Pasar Awam sekitar Seberang Perai, yang dikenal pasti berniaga atas lot parkir hingga mengganggu trafik.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berkata, langkah membanteras penjaja tanpa lesen itu adalah susulan kehendak golongan penjaja sendiri, yang disampaikan melalui lima siri dialog pada bulan September tahun lepas.

“Peniaga mencadangkan supaya MPSP merancang tindakan terhadap penjajapenjaja haram di pasar awam dan kompleks makanan.

“Tindakan penguatkuasaan diambil kerana ramai penjaja tanpa lesen yang secara tidak langsung telah menyebabkan halangan kepada pengunjung,” jelasnya di Kompleks Ibu Pejabat MPSP di sini barubaru ini.

Lanjutan itu, menurut Maimunah, pihaknya turut menggantung kain rentang larangan di 10 pasar awam dan kompleks makanan dikenalpasti sebagai lokasi utama aktiviti penjajaan haram, sebagai langkah penguatkuasaan bersepadu.

Setiausaha Majlis, Sr. Rozali Mohamud dan beberapa Ahli Majlis MPSP serta wakil penguatkuasaan PBT berkenaan turut sertai sidang media tersebut.