Bantuan bencana disalur dalam tempoh 24 jam

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

MOHD. Kamil Abu Bakar (tiga dari kanan) bersama sebahagian ahli JKKK Teluk Ipil tampil memberi sumbangan bantuan bencana kepada Mohd. Kashfullah Othman (lima dari kiri) di di sini baru-baru ini.
MOHD. Kamil Abu Bakar (tiga dari kanan) bersama sebahagian ahli JKKK Teluk Ipil tampil memberi sumbangan bantuan bencana kepada Mohd. Kashfullah Othman (lima dari kiri) di sini baru-baru ini.

NIBONG TEBAL – Tidak sampai 24 jam, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah tampil menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran, Mohd. Kashfullah Othman, 47, yang tinggal sehelai pinggang dalam kejadian di Kampung Teluk Ipil di sini baru-baru ini.

Menurut Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar, antara bantuan yang disumbangkan adalah makanan dan wang tunai.

“Kami prihatin terhadap nasib yang menimpa Mohd. Kashfullah dan keluarga. Selain bantuan bencana 24 jam yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri, sumbangan turut akan disalurkan oleh Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdasarkan nilai taksiran kemusnahan yang dibuat oleh Pejabat Daerah dan Tanah.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bantuan yang disampaikan tersebut dapat meringankan bebanan mangsa dan keluarga, insyaAllah,” ujar Mohd. Kamil.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Teluk Ipil, Effendi Rahman dan Pengerusi JKKK Dato’ Keramat, Saad Muhammad.