Bantuan diberi tanpa mengira kaum

Admin

 

SALEHIN Mohamed (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan hamper kepada S.Muniamal (tiga dari kanan), 74, sempena lawatan mingguan beliau di sini baru-baru ini
SALEHIN Mohamed (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan hamper kepada S.Muniamal (tiga dari kanan), 74, sempena
lawatan mingguan beliau di sini baru-baru ini

PRIHATIN… Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Telok Ayer Tawar barubaru ini telah mengadakan lawatan mingguan ke beberapa buah rumah di Jalan Berlian, Bagan Ajam di sini bagi menyampaikan sumbangan hamper.

Pegawainya, Salehin Mohamed berkata, sumbangan hamper tersebut telah diserahkan kepada 30 buah keluarga yang kurang bernasib baik termasuk warga emas, golongan kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.

Di samping itu, beliau turut menyatakan bahawa lawatan mingguan tersebut adalah untuk mendekati masyarakat setempat dan menyantun mereka yang kurang bernasib baik.

Salah seorang penerima, J. Catherine, 55, terharu dengan sumbangan tersebut dan berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membela nasib mereka yang kurang bernasib baik terutama ibu-ibu tunggal.

Lawatan mingguan dari rumah ke rumah itu turut ditemani oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti ( JKKK) Bagan Ajam, Ismail Jemani dan beberapa ahli jawatankuasa JKKK Telok Ayer Tawar.