Baucar tunai, limau mandarin ceriakan 150 penerima terpilih sempena Tahun Baru Cina

Admin
img 20250125 wa0028

PANTAI JEREJAK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol hari ini menyampaikan baucar tunai membeli-belah kepada 150 individu terpilih daripada keluarga kurang berkemampuan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada minggu hadapan.

 

Menurut Fahmi, beliau amat berbesar hati dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan mereka yang memerlukan.

 

“Saya sangat gembira dengan semua pihak yang terlibat termasuk pasukan saya pada peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di KADUN (Kawasan Dewan Undangan Negeri) Pantai Jerejak ini dalam membantu golongan yang memerlukan.

 

Diharap pemberian baucar tunai ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

 

img 20250125 wa0012
FAHMI Zainol menyerahkan kotak limau mandarin kepada penerima pada majlis berkaitan di sini.

 

“Selain itu, bagi masyarakat Tionghoa, buah limau mandarin melambangkan kekayaan, jadi tidak lengkap perayaan Tahun Baru Cina kalau tidak ada buah limau mandarin,” ujarnya yang turut meluangkan masa menyerahkan 150 kotak limau mandarin kepada penerima di Dewan Persatuan Penduduk Taman Sri Nibong dekat sini pagi ini.

 

Beliau yang juga Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi turut mendoakan agar ‘Tahun Ular’ kali ini membawa lebih keberkatan dan kemakmuran kepada semua lapisan masyarakat.

 

img 20250125 wa0008
FAHMI Zainol (berdiri, tengah) bersama-sama barisan Pengerusi MPPK dan para penerima merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua

 

Mengambil kesempatan pada majlis ringkas itu, beliau juga meluangkan masa menyantuni para penerima dan mengucapkan ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada mereka.

 

Terdahulu, Fahmi berkesempatan turun padang mengedar buah limau mandarin dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Taman Sri Nibong sebelum majlis bermula.

 

Hadir sama, Pengerusi MPKK Sungai Nibong Besar, Shawal Ahmad serta Pengerusi-Pengerusi MPKK seluruh Pantai Jerejak dan para penaja.

img 20250125 wa0026
PARA penerima tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama-sama.

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI 
Gambar : ADUN