Bayar bil air dua bulan sekali berdasarkan tarif baru kian membebankan rakyat tidak benar

Admin
efc549a2 1899 4355 9dcd 874b05118787 KETUA Menteri dalam sidang media berkaitan di sini tadi.

SERI DELIMA – Pembayaran bil dua bulan sekali mengikut tarif air domestik yang baharu sebenarnya lebih menguntungkan pengguna, bukannya membebankan mereka seperti dianggap oleh sesetengah pihak.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi memberi respons itu seusai merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri 2024 yang dianjurkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dekat Taman Rekreasi Bukit Dumbar di sini pada 25 Mei 2024.

2df6db01 8825 4a8d a2ce 63bb79a88ba4
ACARA gimik perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 di Taman Rekreasi Bukit Dumbar di sini pada pagi tadi.

“Bacaan (bil elektrik untuk dua bulan) akan dibahagi kepada dua bulan, katakan 30 (meter padu tiap-tiap bulan) menjadi 60 (meter padu), maka 40 (meter padu pertama dibahagi dua bulan) dan diletakkan 20 (meter padu pada bulan pertama) dan 20 (meter padu bulan kedua).

“Bacaan (bil air itu) diagihkan dan dipuratakan kepada dua bulan,” jelasnya.

25dde4b5 2487 40e1 8869 3ee160c20e96
K. Pathmanathan

Bercakap dalam sidang media sama, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K. Pathmanathan menjelaskan bahawa PBAPP tiada masalah untuk melaksanakan kaedah pembayaran bil tiap-tiap bulan selepas pemasangan meter pintar kelak.

“Di Balik Pulau, dua ribu unit yang telah dikenal pasti ini, kita (PBAPP) akan pasang (meter pintar) dalam tahun ini juga,” ujarnya sambil menyarankan pemasangan 20,000 meter pintar pada tahun 2025.

Menurut beliau, PBAPP akan memperuntukan RM2.5 juta untuk fasa pertama pemasangan meter pintar tersebut.

Sebagai rekod, kadar tarif domestik air sebelum ini ialah RM0.22 (jalur 1 : 0 – 20 meter padu); RM0.46 (jalur 2: 20 – 40 meter padu); RM0.68 ( jalur 3: 40 – 60 meter padu); RM1.17 (jalur 4: 60 – 200 meter padu); RM1.30 (jalur 5 : melebihi 200 meter padu) dan surcaj penjimatan air RM0.48 untuk melebihi 35 meter padu.

Bagi kadar tarif lama itu, caj minimum sebulan adalah RM2.50 atau RM5 setiap dua bulan.

Di bawah kadar baharu diselaraskan, surcaj penjimatan air telah dihapuskan yang mana kadarnya adalah RM0.55 untuk jalur 1 (0 – 20 meter padu), RM1.10 untuk jalur 2 (20 – 35 meter padu) dan RM2 untuk jalur 3 (melebihi 35 meter padu).

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Anthony Santiago dan Presiden Water Watch Penang, Prof. Dato’ Dr. Chan Ngai Weng merupakan antara pemimpin yang hadir dalam acara sambutan tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : LAW SUUN TING
Video : ALISSALA THIAN