Bayar cukai taksiran sebelum 31 Ogos, rebut hadiah cabutan bertuah MBSP tunai RM5,555

Admin
img 1548 DATUK Bandar (tiga dari kiri) menyertai Program Semarak Merdeka di tapak perhimpunan korporat Menara Bandaraya, sesuai mempengerusikan Majlis Penuh Majlis di sini pada 28 Ogos 2024.

SEBERANG JAYA – Tarikh akhir promosi bayaran cukai taksiran bagi penggal kedua 2024 dan promosi khas melalui aplikasi ASPIRE Seberang Perai pada 31 Ogos ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid berkata, pemilik premis yang berjaya melangsaikan cukai taksiran berserta tunggakan menerusi kiosk, agensi kutipan yang dilantik atau secara dalam talian layak merebut hadiah cabutan bertuah wang tunai sehingga RM5,555.

“Sebanyak tiga puluh 30 hadiah cabutan bertuah telah disediakan oleh MBSP (yang mana) wang tunai RM5,555 bagi tempat pertama (manakala) RM100 wang tunai bagi tempat ke-11 hingga 30,” jelasnya semasa berucap dalam Majlis Majlis Penuh Kali Ke-602 Bil.8/2024 di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya MBSP di sini pada 28 Ogos 2024.

Tidak cukup sekadar itu sahaja, beliau memberitahu bahawa pemenang hadiah cabutan bertuah bagi tempat pertama turut akan diberi ‘LEM Folding Bike’; diikuti tempat kedua (LEM e-BIKE with Paddle); dan tempat ketiga (Electric Scooter).

“Ketiga-tiga hadiah ini ditaja oleh ASPIRE Seberang Perai.

“Saya, dengan ini menyeru sekali lagi kepada semua pemilik premis agar segera merebut peluang keemasan ini,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Baderul Amin memberitahu tanggal 31 Ogos 2024 (Sabtu) merupakan hari terakhir pembayaran cukai taksiran bagi Penggal Kedua 2024.

Menurutnya lagi, mulai 2 September 2024 (Isnin), caj Notis E sebanyak RM10.00 akan dikenakan ke atas akaun pembayar cukai yang masih gagal menjelaskan cukai taksiran dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Maklumat lanjut berkaitan promosi serta terma dan syarat, sila layari laman web https://www.mbsp.gov.my atau hubungi di talian 04-5497470 / 471 / 696 / 697 atau e-mel di [email protected].

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI