Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’ meriah, terpanjang di Seberang Perai

Admin
1ec45f09 ee02 47e7 a88a 26cfe0302aad SUASANA di Bazar Ramadan Ban Buduk dekat Kubang Semang, Penanti yang sesak dek pengunjung pada petang tadi (5 Mac 2025)

RAMADAN istimewa kerana bulan ini sekalian umat Islam yang mukalaf menjalani ibadah puasa pada siang hari, di samping ibadah khusus yang lain seperti solat sunat terawih pada sebelah malamnya.

Sepanjang bulan puasa ini juga ditunggu-tunggu baik masyarakat Islam dan bukan Islam kerana di mana sahaja dapat dilihat penganjuran bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai juadah.

d2ee211b eaae 407c 91f3 d5652539fd81
GAMBAR dari atas Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’ yang dikatakan bazar Ramadan terpanjang di bahagian Seberang Perai.

Terletak tidak jauh dari susur keluar Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE), ‘Ban Busuk’ dekat pekan lama Penanti dikatakan sebagai bazar Ramadan terpanjang di bahagian Seberang Perai.

Masuk hari keempat Ramadan, pada petang tadi (5 Mac 2025), wartawan Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB dan jurugambar, AHMAD ADIL MUHAMAD berkesempatan membuat tinjauan lapangan di bazar Ramadan yang telah wujud lebih 40 tahun tersebut di sini.

Gulai batang pisang, nasi kambing, kari itik, Bonda Bihun Sup, cucur jagung, Popia Mak Teh dan Martabak Mat Salai antara gerai-gerai yang menjadi tumpuan pengunjung sejak hari pertama umat Islam menyambut ibadah berpuasa iaitu pada hari Ahad lepas.

 

img 6703
MOHD. Anuar Wan Chik

Pekerja kilang, MOHD. ANUAR WAN CHIK, 39, yang ditemui kemudian berkata, Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’ di sini saban tahun memang meriah dengan kehadiran pengunjung, walaupun aliran trafik di jalan utama dari susur keluar BKE ke simpang tiga Kubang Semang agak sesak.

“Trafik sesak, tandanya ramai pengunjung di sini untuk mencari juadah berbuka puasa.

“Kalau sehari Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’ menerima lebih 1,000 orang pengunjung, ertinya sepanjang bulan puasa ini kira-kira 30,000 orang datang ke sini.

74fc02fb 64e0 4b5a af65 010feaae3519
LALUAN tengah antara gerai niaga di Bazar Ramadan Ban Busuk sesak dek pengunjung.

“Kalau setiap hari lebih 1,500 orang datang ke Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’, ertinya lebih 50,000 orang berkunjung ke sini.

“Kalau tanya pengunjung – sebab apa datang ke sini? Ada yang datang sebab cari gulai itik, gulai kambing, Popia Mak Teh, martabak ‘istimewa’ yang anak jati tempatan Kubang Semang sendiri jual; macam-macam ada di sini,” jelasnya sambil mengaku bahawa Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’ dikatakan yang terpanjang di Seberang Perai.

Pemerhatian Buletin Mutiara mendapati, di sepanjang jalan masuk ke Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’ ada beberapa orang individu ditugaskan mengawal kesesakan trafik.

Susunan motosikal dan kereta di kawasan tanah lapang dekat sini juga agak terurus; tiada pertindihan kenderaan yang ketara sampai ke bahu jalan raya utama serta pergerakan kenderaan agak perlahan.

 

img 6701
ZALINA Johar

Bagi ZALINA JOHAR, 55, Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’ di sini dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Semang.

“Kalau ditanya kepada ‘orang luar’, barang kali mereka yang tidak pernah datang ke sini mungkin akan anggap kawasan sini berbau busuk, kotor dan sebagainya.

“Jolokan nama ‘Ban Busuk’ ini membuatkan nama tempat ini unik, pada hari pertama umat Islam berpuasa di sini lebih sesak berbanding pada petang ini…meriah,” jelasnya lagi.

Di luar bulan Ramadan, beliau memberitahu bahawa ‘Ban Busuk’ turut dijadikan tapak pasar malam pada setiap hari Jumaat; sementara pada setiap Ahad pula dianjurkan pasar pagi.

“Maksudnya ‘Ban Busuk’ ini memang terkenal sebagai tapak penjaja kecil tempatan cari makan.

“Hari Khamis ada pasar malam; Ahad ada pasar tani; semua peniaga akan pasang khemah sebab di sini memang ada kuasa membeli.

“Cuma, istimewanya pada bulan Ramadan, MPKK selalu anjur bazar ini dengan khemah jaja secara tersusun; sebab tahu kawasan sini sesak berganda dengan pengunjung berbanding di luar Ramadan,” katanya lagi.

f07e9934 a802 4b6d 8d86 c071f50184e4 918c2ed3 1bea 49fd ac65 566d815926e0Beliau turut memberitahu bahawa hampir 250 gerai jaja didirikan di jalan ‘Ban Busuk’ yang sepanjang kira-kira hampir 1 kilometer (km).

Dalam ratusan gerai jaja di Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’, kelihatan ramai pengunjung sanggup beratur panjang di gerai Popia Mak Teh.

 

7ea604bb 2f79 47f6 8c6e c1e467d9e194
HAMIZALI Ahmad (memakai apron merah) berkata beliau bangga meneruskan legasi perniagaan keluarga iaitu Popia Mak Teh.

Pemilik gerai tersebut, HAMIZALI AHMAD, 47, memberitahu bahawa sejak 20 tahun lepas lagi ayah dan ibunya, berniaga popia di bazar Ramadan.

 

4a41a8a4 1d9e 42a2 b677 993f7f02e729
HAMIZALI Ahmad

“Popia Mak Teh ini kira makanan warisan keluarga, yang kini saya sebagai generasi kedua berniaga pada setiap kali Ramadan di sini.

“Nama ‘Mak Teh’ iti merujuk kepada emak saya, Rodziah Hussien yang kini berusia 71 tahun.

“Alhamdulillah, setiap hari bekerja secara purata saya boleh jual 3,000 biji popia; kalau hari pertama Ramadan atau hari hujung minggu boleh jual lebih daripada angka itu,” jelasnya lagi.

Satu lagi gerai tumpuan di Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’ adalah Martabak Mat Salai yang diusahakan oleh anak jati tempatan Kubang Semang, Penanti.

d54be9b0 cbf7 4e48 9321 8b2bed2986ad
DI gerai Martabak Pak Salai
8d1d7ceb 0e13 4d30 b07d 804b543fbea0
MUHAMAD Irfan Mohd. Syafeudin

MUHAMAD IRFAN MOHD. SYAFEUDIN, 19, berkata, beliau sejak tiga tahun lepas berniaga di Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’.

“Martabak inti ayam dan daging, kami jual RM5 sebiji; manakala martabak inti kambing kami jual RM9 sebiji.

“Berbanding peniaga-peniaga lain, Martabak Mat Salai ini kira barulah, tetapi alhamdulillah tetap dapat sambutan daripada para pengunjung.

“Purata jualan harian antara 400 biji hingga 450 biji sahaja,” jelasnya kepada Buletin Mutiara.

169dd2c2 ab68 40ad abc9 4f97504ac117
DI gerai niaga ‘ayam golek’ yang diusahakan oleh Rashidi Hassan dan keluarganya.
9047242a 81ee 49af 8c0e a32822b16452
RASHIDI Hassan

Pernah berniaga sekitar Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah, RASHIDI HASSAN, 52, berkata ini kali pertama beliau berniaga di Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’.

“Nama ‘Ban Busuk’ ini memang terkenal sampai ke Alor Setar, Kedah sebab kemeriahan tapak penjaja ini.

“Kalau di Jalan Langgar, memang lama berniaga di sana, tiap-tiap hari boleh jual kira-kira 150 ekor ‘ayam golek’.

“Macam di sini (Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’), walaupun ini kali pertama kami berniaga di sini, tiap-tiap hari boleh jual lebih 50 ekor ‘ayam golek’,” ceritanya.

 

47b0a712 ce29 4fbc 9d55 cc9f8ad9b082
KETUA Menteri (tiga dari kiri) dengan diiringi beberapa pemimpin Liga Muslim Pulau Pinang menyantuni salah seorang peniaga Bazar Ramadan Lebuh Queen @ Ramadan Fiesta di sini pada 2 Mac 2025.

Pada Sabtu lepas, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow ke Majlis Perasmian Bazar Ramadan Lebuh Queen yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Liga Muslim Pulau Pinang.

Seusai jeraya wara di kawasan ‘segi tiga emas ekonomi’ dekat Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town tersebut, Kon Yeow disyor untuk mempertimbang cadangan memasukkan penganjuran bazar Ramadan terpilih dalam kalendar acara pelancongan tahun 2026.

Melihat kemeriahan sambutan  pengunjung ke Bazar Ramadan ‘Ban Busuk’ dekat Kubang Semang, Penanti sampai dianggap sebagai bazar Ramadan terpanjang di bahagian Seberang Perai; mungkin wajar disokong untuk dimasukkan dalam kalendar acara pelancongan negeri pada tahun hadapan.

END