Belanjawan 2025 peruntukan RM2.27 juta projek bina Masjid Sungai Bakap – Ketua Menteri

Admin
c934c8dc c09e 4c43 8366 30364ef95a52

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM2.27 juta bagi memastikan proses pembinaan Masjid Sungai Bakal berjalan lancar pada tahun depan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi mengumumkan perkara itu semasa membentangkan Belanjawan 2025 Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri pada 22 November 2024.

“Dalam usaha memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negeri, Kerajaan Negeri senantiasa memastikan program-program pendidikan Islam terus diperkukuh, termasuk menjalinkan kerjasama erat dengan badan-badan agama dan institusi pendidikan sebagai usaha untuk meningkatkan akses pembangunan pendidikan Islam yang inklusif,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota.

Di samping itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan menyatakan bahawa mulai tahun hadapan, projek pembinaan sebuah masjid baharu turut akan dilaksanakan di Zon 1 melalui Projek Pembangunan Smart City Campus KITAB di Bandar Cassia, Batu Kawan.

“Projek berkaitan merupakan komponen utama Pelan Induk Kampus Pintar KITAB 2030 yang mengintegrasikan pendidikan, perniagaanserta kehidupan komuniti bagi menjadikannya model smart city berdaya saing,” uajrnya.

Mulai tahun 2025, menurut beliau, pembinaan sebuah masjid baharu turut akan dilaksanakan di Zon 1 melalui Projek Pembangunan Smart City Campus KITAB di Bandar Cassia, Batu Kawan yang mana projek berkaitan merupakan komponen utama Pelan Induk Kampus Pintar KITAB 2030 yang mengintegrasikan pendidikan, perniagaanserta kehidupan komuniti bagi menjadikannya model smart city berdaya saing.

Dalam perkembangan berkaitan, Kon Yeow memberitahu bahawa Kerajaan Negeri hari ini merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kelulusan peruntukan Persekutuan sebanyak RM7 juta, dalam Majlis Pelancaran Pembinaan Masjid Sungai Bakap pada 16 Julai 2023.

“Kerjasama yang kukuh antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan terus dipertingkatkan, khususnya dalam aspek perkongsian peruntukan bagi pembinaan masjid baharu di negeri ini,” ulasnya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI, DARWINA MOHD. DAUD & ALISSALA THIAN
Video: SITI NURATIKAH RAHMAT & SIEW CHIA EN