Dirumuskan oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PEMBENTANGAN Belanjawan Sejahtera 2012 oleh Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara 4 Oktober lepas antara lain memberi tumpuan pada langkah mengurangkan defesit serta hutang negara di samping membantu rakyat mengharungi kos hidup yang kian tinggi.
Unjuran defesit tahun 2011 mencecah 6 peratus dari Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan belanjawan defesit Barisan Nasional ini telah masuk tahun ke-13 berturut-turut berbanding Belanjawan Sejahtera 2012 berjumlah RM220 bilion.
Belanjawan Sejahtera 2012 mengurangkan defesit ke paras 4.4 peratus atau menjimatkan RM14 bilion jika dibandingkan dengan Bajet 2012 yang dibawa oleh kerajaan pusat Barisan Nasional.
Belanjawan Sejahtera 2012 ini akan memberi 20 peratus nilai tambah berganda dan manfaat secara langsung kepada rakyat terbanyak yang memerlukan, bukan mana-mana kroni.
Maqasid di sebalik belanjawan kali ini antaranya Pakatan Rakyat komited memerangi amalan rasuah, pembaziran dan penyelewengan supaya rakyat mendapat lebih banyak manfaat dari hasil kekayaan negara. Untuk itu, agenda mereformasi politik menjadi salah satu dari lima asas utama belanjawan kali ini.
Apakah manfaat yang rakyat dapat?
• Sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang membentuk kerajaan pusat yang baru, antara lain memberi jaminan bahawa harga minyak dan barangan tidak akan naik melalui pengekalan subsidi sebanyak RM22 bilion tahun depan.
• Belanjawan Sejahtera 2012 akan memberi manfaat kepada 20 peratus nilai tambah kepada kira-kira 28 juta rakyat Malaysia meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
• Belanjawan ini akan membela 40 peratus rakyat yang berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan. Bumiputera dan Melayu paling banyak mendapat manfaat kerana mereka adalah tiga per empat dari golongan berkenaan.
• Warga emas berpendapatan RM18,000 setahun layak menerima RM1,000 melalui peruntukan khas RM1.7 bilion.
• Setiap suri rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berusia di bawah 18 tahun layak menerima RM1,000 demi mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan budaya menabung melalui Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Sebanyak RM2 bilion diperuntukan untuk menghargai kaum wanita berkenaan.
• Golongan miskin tegar turut dibela melalui bayaran tambahan sekurang-kurangnya RM550.
• Itu, belum masuk bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dinaikkan ke RM550 sebulan dari kadar sedia ada, iaitu RM300 sebulan kepada mereka yang layak.
• Kira-kira 300,000 kakitangan awam akan menikmati gaji minima RM1,100 setiap bulan kerana Pakatan Rakyat komited melaksanakan tuntutan gaji minima berkenaan. Purata kenaikan gaji pekerja dalam sedekad ini kira-kira 2.6 peratus sahaja. Anggaran Bank Dunia pula mendedahkan 34 peratus dari kaum pekerja Malaysia dibayar gaji di bawah kadar RM700 sebulan.
• Setiap guru yang bertungkus-lumus mendidik anak Malaysia turut dihargai melalui sumbangan RM500 sebulan sebagai elaun pendidikan.
• RM1.3 bilion peruntukan tambahan disumbangkan bagi menambah baik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat, di samping menaik taraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan universiti teknikal.
• RM1 bilion peruntukan tambahan disumbangkan bagi projek perumahan awam melalui pelaksanaan skim “bina dan jual” supaya mengelak rakyat dari menghadapi masalah rumah terbengkalai. Sistem payung dan konsesi dihapuskan dengan proses penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat yang memohon.
BAGAIMANA RAKYAT PALING BANYAK MENDAPAT MANFAAT INI?
Sehingga 30 September lepas, Laporan Bank Negara mendedahkan jumlah hutang negara mencecah RM437 bilion dan unjuran keberhutangan negara mencecah 53 peratus dari KDNK 2011 berbanding 42 peratus dari KDNK 2007 lepas.
Sehingga akhir tahun lepas sahaja, hutang isi rumah rakyat Malaysia mencecah RM577 bilion atau 77 peratus dari KDNK berbanding 33 peratus dari KDNK 2007.
Unjuran defesit negara pula hampir mencecah 6 peratus bagi tahun ini walaupun Perdana Menteri pada belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) lepas berjanji mengurangkan defesit ke kadar 5.2 peratus sahaja.
Semua ini boleh ditangani secara berperingkat kerana Pakatan Rakyat komited menolak amalan rasuah, pembaziran, kronisme serta melaksanakan projek-projek pembangunan yang mengutamakan rakyat terbanyak sahaja.
Jika Pakatan Rakyat diberi peluang membentuk kerajaan pusat serta melaksanakan Belanjawan Sejahtera 2012 ini, rakyat akan melihat :
• RM14 bilion akan diselamatkan berbanding Bajet 2012 Barisan Nasional yang bernilai RM234 bilion.
• Sektor perkhidmatan Petroleum yang kini dikuasai oleh syarikat anak bekas Perdana Menteri, iaitu
gabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest bernilai kira-kira RM12 bilion akan dinilai semula untuk manfaat rakyat.
• Perbelanjaan kerajaan Pakatan Rakyat dikawal, berjimat cermat, anti rasuah dan penyelewengan
supaya rakyat tidak dibeban dengan cukai yang lebih. Rancangan Kerajaan Barisan Nasional mahu
melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekaligus boleh dielakkan secara bersama.
• RM10 bilion boleh disalurkan pada kementerian-kementerian yang melaksanakan program menguntungkan rakyat terbanyak melalui usaha semula memotongan belanjawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa berbelanja mewah sebelum ini.
• Kira-kira RM12 bilion boleh diselamatkan melalui komitmen kerajaan Pakatan Rakyat untuk melelong lesen import (AP) secara terbuka, bukan secara kronisme sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sekarang.
• Kerajaan Pakatan Rakyat komited melaksanakan polisi tender terbuka dengan memberi jaminan peluang dan hak kepada Malayu Bemuputera dan bukan Melayu yang benar-benar berwibawa untuk bersama-sama kerajaan Pakatan Rakyat membangunkan negara.
• Kerajaan Pakatan Rakyat komited menyemak semula kontrak tertutup dalam pembelian senjata oleh
Kementerian Pertahanan demi memperkasa keselamatan dalaman dan luaran negara, termasuk pembelian kapal selam Scorpene sebelum ini.
• Pakatan Rakyat komited memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang tertunggak
dari penyelewengan yang membabitkan dana dan aset negara.
• Pakatan Rakyat komited membatalkan cukai-cukai eksais dan duti seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan barang-barang di bawah ketegori ini yang hanya menguntungkan golongan terkaya. Cukai berpatutan pada barangan berkenaan mampu memperkemas kewangan negara.
• Pakatan Rakyat juga komited menguat kuasa Akta Pemulihan Demokrasi dengan melaksanakan 8 Tuntutan BERSIH 2.0; selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta akta berkaitan media dan percetakan sebagai mengukuhkan arus reformasi rakyat.