Bengkel inovasi bantu usahawan tingkat penggunaan aplikasi digital

Admin
d6accc02 a1bb 4beb b48f 34f26c31ab0f

GEORGE TOWN – Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) dengan kerjasama Jabatan Belia Pulau Pinang (JBPP) menganjurkan Business Tools Workshop khusus untuk usahawan di negeri ini.

Sebanyak lima bengkel akan dibuka bermula pada 29 Jun, 14 Julai, 27 Julai, 4 Ogos dan 11 Ogos 2024.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata penganjuran bengkel itu bertujuan membantu para usahawan mengembangkan perniagaan dengan menggunakan aplikasi digital.

c6024d1d c141 4ad5 8b34 50516441215c
LIM Siew Khim.

“Bengkel ini akan merangkumi pelbagai topik, termasuk e-invois, pengurusan meta dan banyak lagi.

“Para peserta akan memperoleh pengetahuan praktikal dan keyakinan untuk menggunakan aplikasi ini dengan berkesan dalam perniagaan mereka.

“Ini bukan sahaja akan meningkatkan pengalaman pembelajaran tetapi juga membantu membina komuniti profesional yang berfikiran kritis,” katanya pada sidang media dekat Komtar semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Dato’ Ong Bee Leng; Pengerusi JCI Pearl, Lynz Chia serta wakil JPWK dan JBPP.

Siew Khim memberitahu bahawa hanya bayaran RM5 dikenakan bagi 30 peserta terawal untuk setiap bengkel.

“Perkongsian strategik ini menekankan kepentingan kerjasama antara agensi dalam memperkasakan perusahaan tempatan untuk memanfaatkan peluang daripada perkembangan ekonomi digital.

“Matlamat untuk memupuk ekosistem inklusif untuk semua usahawan ini adalah selaras dengan Visi Penang2030.

“Saya menjemput semua profesional dan usahawan yang berminat untuk menyertai bengkel yang transformatif ini,” tambah beliau.

Pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang https://acesse.one/gDtQz; https://acesse.one/lItie atau hubungi Jennifer (https://wa.me/60124100861); Janice (https://wa.me/60124083932) untuk maklumat lanjut.

b60372ab 88bf 44ad b7f5 7fefcd444fa7

097ad62e 6400 45a8 866a 213022d5f927

c4b61d91 7c24 4692 89cc a9386b415085

4b89fa19 455b 4a08 8054 2c44a694873f

447e0a95 4c60 436a 858d 2f48368af507

 

Oleh: NURUL HAWA FARAHIN HAMEDDY
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD