Bengkel Pengurusan Jenazah dianjur untuk anak muda

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

PINANG TUNGGAL – Bagi membuka ruang kepada anakanak muda mempraktikkan pembelajaran fardhu ‘ain dan fardhu kifayah yang dipelajari secara teori, pejabat Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pinang Tunggal mengambil inisiatf khas menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah di surau Kampung Bakar Bata, Bumbung Lima di sini baru-baru ini.

Pegawainya, Muhasdey Muhamad berkata, penganjuran tersebut adalah bertujuan memberi pendedahan lanjut kepada golongan muda yang merupakan pewaris yang bakal menerusikan legasi agama.

“Selain perkara-perkara asas pengurusan jenazah, para peserta turut didedahkan dengan caracara memandikan mayat, mengkafankan dan solat jenazah,’’ katanya Bengkel Pengurusan Jenazah di sini barubaru ini.

Seramai 100 anak-anak muda hadir dalam bengkel yang julung kali diadakan dan turut dihadiri ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

Kata Muhasdey, golongan muda kini hanya mempelajari fardhu ‘ain dan fardhu kifayah di sekolah dan mula melupainya apabila meningkat dewasa.

“Kebanyakan golongan muda hanya memahami teori dan tidak mempraktikkan apa yang dipelajari, justeru, saya mengambil inisiatif mengadakan bengkel ini,” ujar beliau.