Bentuk mekanisme efektif kurang beban pengguna – Exco

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

BATU LANCHANG – Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim meminta pihak berwajib terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya membentuk mekanisme efektif dan efisien bagi mengatasi harga barangan yang tidak turun walaupun berlakunya penurunan harga bahan api dalam negara.

Katanya, inisiatif tersebut adalah untuk mengatasi isu berkaitan dan seterusnya meningkatkan penguatkuasaan terhadap peniaga, pengilang, pemborong yang tidak beretika dengan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

“Hal ini memberi beban kepada perbelanjaan harian pengguna di Malaysia terutamanya Pulau Pinang.

“Justeru, saya berharap mekanisme khas akan dibentuk bagi menjaga kepentingan pengguna,” katanya selepas selesai menjalankan pemantauan harga barangan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Pasar Awam Batu Lanchang di sini barubaru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang, Danny Law Heng Kiang bersama-sama Skuad Pemantau Pengguna Pasar Awam Batu Lanchang.

Dalam pada itu, Abdul Malik turut menyeru pengguna di Pulau Pinang supaya segera membuat laporan kepada KPDNKK atau Facebook Consumer Watch, https://www.facebook.com/ consumerwatchpenang.gov sekiranya mendapati berlakunya sebarang kenaikan harga ataupun penipuan kualiti dan harga barangan.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);