Bicara kes saman Kok Ping terhadap Kon Yeow bersambung 9.30 pagi esok

e2a9f8eb 9890 4b0c 9006 2b1b7aad57cd GAMBAR Ketua Menteri (depan sekali) keluar dari Kamar 1 Bangunan Annex Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semasa sesi perbicaraan ditangguhkan pada tadi sini pada 26 Ogos 2024.

GEORGE TOWN – Perbicaraan kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Tan Kok Ping terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Chow Kon Yeow di Kamar 1 Bangunan Annex Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang bermula sejak pagi tadi, ditangguhkan dan bersambung pada 9.30 pagi esok.

Hakim, YAA Dato’ Quay Chew Soon membuat ketetapan itu setelah mendengar keterangan dua saksi, Bernard Kok serta Dato’ Low Yeow Boo dan plaintif sendiri, Kok Ping.

Semasa perbicaraan sesi petang tadi, Kon Yeow antara lain memberitahu peguamnya, Cheah Eng Soon bahawa defendan tidak boleh diterjemahkan oleh juru bahasa berkenaan sebagai Orang Kena Tuduh (OKT).

Difahamkan, OKT hanya digunakan untuk kes-kes jenayah, sementara saman Kok Ping itu adalah kes sivil.

Terdahulu, Kok Ping pada bulan Disember lepas memfailkan saman terhadap Kon Yeow berhubung kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Cina.

Susulan saman pemula yang dibuat Kok Ping, pada 6 Disember 2023, kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat dalam proses mediasi, dan dengan itu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan berbicara kes akan berlangsung selama tiga hari, 26 hingga 28 Ogos 2024.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : LAW SUUN TING & ALISSALA THIAN
Video : DARWINA MOHD. DAUD