Bina 320 rumah mampu milik untuk Bumiputera

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mengumumkan untuk membina 320 unit rumah kos sederhana rendah di atas dua ekar tanah di Jalan S.P. Chelliah, di sini khusus untuk Bumiputera menggunakan Tabung Bumiputera Negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh menunggu lebih lama lagi memandangkan kerajaan pusat langsung tidak memberi respons mengenai permohonan peruntukan bagi membina rumah mampu milik di atas tanah berkenaan.

“Dari 11 ekar (tanah S.P. Chelliah, kita akan ambil dua ekar untuk meminta kerajaan pusat membina rumah, baik rumah mampu milik atau PPR (Projek Perumahan Rakyat).

“(Melalui Bajet 2013) Kerajaan persekutuan telah umumkan untuk membina 70 unit rumah PPR di Pulau Pinang, maka, adalah jelas kerajaan persekutuan tak berminat untuk bina di Pulau Pinang sungguhpun KerajaanNegeri tawarkan tanah (dua ekar).

“Oleh itu, Kerajaan Negeri atas dua ekar tanah ini telah buat keputusan untuk membina rumah kos sederhana rendah seluas 750 kaki persegi untuk Bumiputera,” ujar beliau semasa melawat tapak cadangan membina PPR tersebut dekat Jalan Zainal Abidin, di sini. Wong Hon Wai, Phee Boon Poh dan Danny Law Heng Kiang antara Exco Kerajaan Negeri yang hadir pada majlis tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wai Aik, Jeff Ooi Chuan Aun (Ahli Parlimen Jelutong) dan Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) turut hadir pada sidang media tersebut.

Guan Eng berkata, rumah kos sederhana rendah yang mahu dibina itu menelan belanja kira-kira RM52.5 juta.

Kerajaan Negeri, katanya, akan membina 27 tingkat rumah kos sederhana rendah dengan keluasan setiap unit adalah 750 kaki persegi.

Sebelum pada itu, Exco Perancangan Bandar dan Desa Perumahan, Hon Wai berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung langsung tidak membalas surat penyataan hasrat Kerajaan Negeri memohon peruntukan pusat bagi membina PPR di atas tanah berkeluasan dua ekar tersebut.

Dalam surat bertarikh 7 Ogos lepas itu, Hon Wai berkata, kerajaan pusat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan RMK10 langsung tidak meluluskan sebarang projek PPR untuk manfaat rakyat Pulau Pinang.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan bertarikh 16 Disember, Guan Eng menyatakan bahawa Mesyuarat Exco Negeri baru-baru ini memutuskan untuk membatalkan tawaran kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow penjualan tanah 1.1 ekar d i Taman Manggis untuk RM22,407,300 atas kegagalan untuk mematuhi empat faktor utama iaitu :

• Ketidakikhlasan Chang Yeow dan BN Pulau Pinang untuk membina PPR atau rumah kos rendah untuk sewa ekoran kenyataan yang bercanggah daripada Khoo Boo San bahawa bukan PPR, tetapi rumah mampu milik berharga RM400,000 yang akan dibina.

• Kegagalan menukar pengarah dan pemegang saham syarikat pemaju BN, iaitu Taman Manggis Phase II Development Sdn. Bhd. untuk memasukkan Chang Yeow dan pemimpin-pemimpin BN Pulau Pinang kerana Chang Yeow sendiri telah bersetuju dengan Kerajaan Negeri bahawa BN Pulau Pinang yang akan membeli tanah tersebut.

• Kegagalan untuk menyemak semula modal berbayar untuk syarikat pemaju perumahan kepada nilai yang ditentukan oleh Kem enterian Perumahan dtamanmanggis-20121125_Letter from KLIDC (Taman Manggis)an Kerajaan Tempatan, iaitu 3 peratus Nilai Pembangunan Kasar (GDV).

• Kegagalan untuk membayar baki 99 peratus atau RM22,183,227 pada 5 Disember 2012, walaupun lanjutan sebulan sudah di beri kepada Cheang Yow dan BN.