Bina semula astaka, konservasi parit kubu bahagian barat Fort Cornwallis jangka siap Julai tahun hadapan

Admin
e8381ee0 cd23 4998 a89b 9f4adb215b7c DEMIKIAN tahap pemajuan projek konservasi dan penyediaan semula parit kubu di bahagian selatan Fort Cornwallis di sini, tetapi belum dibuka untuk kunjungan orang awam.

GEORGE TOWN – Fasa kedua projek konservasi dan penyediaan semula parit kubu (Moat) di bahagian barat Fort Cornwallis yang sedang dilaksanakan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2025.

610fc84d 7daa 4547 a324 5d4f551ec078
KETUA Menteri

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa astaka bersebelahan dengan Fort Cornwallis juga diruntuhkan dan dibina semula serentak dengan jadual pelaksanaan fasa kedua projek konservasi tersebut, sebelum dibuka sepenuhnya kepada orang awam.

“Orang ramai kini dilarang masuk, tetapi parit selatan boleh dilihat dari Menara Jam (Queen Victoria) melalui pagar dawai yang baru dipasang.

“Kerja-kerja itu masih dalam proses setakat ini.

“Kerja-kerja pemuliharaan semula parit kubu di bahagian selatan dan barat dijadual selesai Julai tahun depan (2025) yang mana kita pun bercadang untuk buka kepada orang awam,” jelasnya kepada pemberita seusai berucap dalam Majlis Pra-Pelancaran Projek Konservasi dan Penyediaan Semula Parit Kubu Bahagian Selatan dan Program Seharian di Kota Cornwallis dekat sini pada 7 Julai 2024.

Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan menyatakan bahawa fasa pertama projek konservasi itu, iaitu Parit Kubu Bahagian Selatan yang terletak berhadapan dengan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sebenarnya telah siap, tetapi masih belum dibuka kepada pengunjung.

Menurut Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi itu lagi, Kerajaan Negeri hari ini turut merakamkan penghargaan kepada George Town Conservation and Development Corporation Sdn. Bhd. (GTCDC) iaitu agensi usaha sama antara Think City Sdn. Bhd. (Think City) dan Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) serta bantuan kepakaran daripada konsultan antarabangsa, The Aga Khan Cultural Services (AKCS) atas penglibatan dalam kerja-kerja pemuliharaan semula struktur bangunan warisan bersejarah Kategori 1 tersebut sejak kira-kira sedekad lalu.

Difahamkan, fasa kedua projek konservasi dan penyediaan semula parit kubu (Moat) di bahagian barat Fort Cornwallis sedang dilaksanakan kini bagi melengkapkan salah satu daripada 14 komponen projek konservasi di bawah Pelan Induk Pesisir Pantai Utara Pulau Pinang (Penang Northern Seafront Masterplan).

9fa831dc 0090 405a a78c 6e77583dfdff
ANTARA pemimpin negeri yang menyertai lawatan tapak konservasi Fort Cornwallis bersama-sama Ketua Menteri di sini tadi.

Mantan Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai; Exco Kerajaan Tempatan & Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye; ADUN Komtar, Teh Lai Heng; ADUN Pengkalan Kota, Wong Yuee Harng dan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying antara pemimpin Kerajaan Negeri yang turut sertai lawatan tapak konservasi tersebut.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran; Pengurus Besar CMI, S. Bharathi; Pengarah Urusan Think City, Hamdan Abdul Majeed dan Pengerusi Think City, Dato’ Seri Dr. Anwar Fazal.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SIEW CHIA EN
Video : MOHAMAD AMIR IRSYAD OMAR