TERUJA… Salah seorang peniaga pasar malam Bertam Perdana, Pinang Tunggal tidak menyangka bahawa selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Muhammad Hakim Lokman, 47, atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman, singgah memberi salam dan mengedarkan risalah serta Buletin Mutiara di, Seberang Perai Utara (SPU) baru-baru ini.
Bob Lokman, yang hadir bersama Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pinang Tunggal, Muhasdey Muhamad, singgah di lokasi tersebut setelah mendapat jemputan daripada PPK untuk mengikuti program mingguan di sini.
“Kita sebenarnya tidak merancang. Bob Lokman ingin melihat sendiri gerak kerja PPK dan dia sudi membantu mengedarkan risalah.
“Alhamdulilah, rata-rata peniaga pasar malam terkejut dan teruja apabila beliau (Bob Lokman) singgah di gerai mereka,” ujar Muhasdey sambil menyatakan bahawa program turun padang mingguan tersebut merupakan sebahagian daripada programnya bersama rakyat.