GEORGE TOWN – Bonus Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM600 diberikan kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang manakala guru KAFA menerima RM300 setiap seorang.
Pemberian tersebut adalah tambahan sebanyak RM100 kepada penjawat awam sebagaimana yang diumumkan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pemberian bonus tersebut adalah sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam, penyelia dan guru KAFA di pentadbiran Kerajaan Negeri.
“Yang paling penting, pemberian bonus ini juga dapat membantu pegawai perkhidmatan awam dan juga guru KAFA khususnya dalam membuat persediaan untuk sambutan Hari Raya ekoran pembayarannya adalah pada 19 Ogos 2011,” katanya pada sidang akhbar di Komtar baru-baru ini.