Boon Siew Honda tambah pelaburan RM200 juta

Admin

 

PELAN Kilang baru yang akan didirikan di Kawasan Perindustrian Batu Kawan.
PELAN Kilang baru yang akan didirikan di Kawasan Perindustrian Batu Kawan.

 

 

 

GEORGE TOWN Pengedar tunggal motorsikal HONDA di negara ini, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) akan meningkatkan penambahan pelaburannya di Pulau Pinang sebanyak RM200 juta dengan merangkumi pengukuhan operasi baru di Kawasan Perindustrian Batu Kawan, Seberang Perai.

Dalam pada itu, pelan pembangunan merangkumi kawasan seluas 23.3 hektar juga bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan baru kepada rakyat tempatan bagi melengkapkan 1,000 pekerja sedia ada di mana 85% daripadanya merupakan pekerja di sektor pengeluaran.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada berkata, kilang baru tersebut akan dibina dengan menggunakan teknologi tinggi serta mesra alam dalam meneruskan usaha memberikan produk yang berkualiti kepada pelanggan. Selain itu, semua produk BSH adalah menggunakan lebih 70 peratus sumber tempatan.

Pembinaan projek ini akan bermula pada November 20011 dan operasi untuk perkilangan akan dijalankan pada bulan Februari 2013,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Menteri di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng lazimnya memuji Boon Siew Honda ekoran memiliki strategi pengurusan sumber manusia yang sangat baik yang mana syarikat terbabit dapat menarik serta mengekalkan tenaga kerja tempatan walaupun secara mutlaknya ia bersifat buruh industri.

Hari ini, Boon Siew Honda menguasai 45% daripada pasaran motosikal Malaysia dengan pengeluaran 250,000 unit motosikal pelbagai model setiap tahun. Syarikat ini dijangka menghasilkan kira-kira 350,000 unit motosikal lagi sebaik sahaja lokasi barunya beroperasi.

Pelaburan RM200 juta ini hanya bakal merapatkan lagi hubungan yang terjalin sekian lama antara Boon Siew dan Honda. Di samping itu, kita juga berharap agar dapat menarik lebih ramai pelabur Jepun dalam bidang automatasi dan kejuruteraan kimia, elektrikal dan elektronik serta tenaga yang boleh diperbaharui,” jelas beliau sambil turut berkongsi pengalaman bahawa beliau suatu ketika dulu juga merupakan salah seorang pengguna motor keluaran Boon Siew Honda iaitu Honda Cub.