Bukit Bendera ‘tidak mati’

Admin
PEMANDANGAN astaka Bukit Bendera.
PEMANDANGAN astaka Bukit Bendera.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

BUKIT BENDERAKetua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyeru supaya ‘pihak’ yang menyatakan bahawa Bukit Bendera sudah menjadi tempat pelancongan ‘mati’ supaya datang dan lihat sendiri pembaharuan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di sini.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Majlis Perasmian Astaka Bukit Bendera di sini baru-baru ini.

“Saya menyeru supaya individu yang mengatakan (bahawa) Bukit Bendera sudah ‘mati’ supaya datang sendiri dan lihat. Banyak pembaharuan yang telah kita lakukan untuk memberi nafas baru sebagai nilai pelancongan di Bukit Bendera. Jangan hanya pandai cakap sahaja,” nyata beliau.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyatakan perasaan bangga beliau apabila sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan PR di sini (Pulau Pinang), kedudukan Pulau Pinang sebagai bandar terbaik untuk diduduki di Asia telah meningkat dan semakin dikenali umum.

“Pulau Pinang telah berjaya menduduki tempat ke-8 pada tahun lalu sebagai antara bandar yang terbaik untuk didiami di Asia. Pengiktirafan tersebut termasuk antara pulau yang wajib dikunjungi di dunia dan buat pertama kalinya kita (Pulau Pinang) mendahului kedudukan Kuala Lumpur,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yow, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ar. Patahiyah Ismail.

Struktur astaka tiga tingkat bernilai RM4.5 juta tersebut bukan hanya menjadi ikon baru di Bukit Bendera, malah, ia turut memberi keselesaan kepada peniaga-peniaga di sini. Pada masa sama, ikon baru terbabit turut dilengkapkan dengan Muzium Burung Hantu di tingkat bawah yang mana merupakan yang pertama di rantau Asia Tenggara.

ANTARA persembahan Majlis Kebudayaan Negeri yang menghiasi Majlis Perasmian Astaka Bukit Bendera dari Majlis Kebudayaan Negeri.
ANTARA persembahan Majlis Kebudayaan Negeri yang
menghiasi Majlis Perasmian Astaka Bukit Bendera dari Majlis
Kebudayaan Negeri.