SEBERANG PERAI – Bermula Disember tahun lalu, Jawatankuasa Pentadbiran Kewangan, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah membuat keputusan di bawah Akta Undang-undang Kecil (Iklan) 2001 untuk menaikkan harga cagaran sepanduk sekali ganda bagi setiap permohonan di kawasan Seberang Perai.
Keputusan tersebut diambil ekoran lambakan kejadian penggantungan sepanduk secara haram dan MPSP tidak dapat mengesan individu atau syarikat yang bertanggungjawab.
Di samping itu, kenaikkan tersebut juga bertujuan menggalakkan pemohon menurunkan sendiri sepanduk yang telah digunakan untuk mempromosi produk atau cara mengiklan samada pihak swasta mahupun kerajaan.
Kajian yang dijalankan pihak MPSP menunjukkan bahawa status permohonan permit bagi penggantungan sepanduk semakin meningkat bermula dari tahun 2007 hingga 2011. Namun, rampasan yang dilakukan terhadap sepanduk haram juga meningkat dalam jangka masa sama.
Bagaimanapun, MPSP telah mengecualikan bayaran cagaran bagi sepanduk Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Institusi Pendidikan Awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mempromosi atau mengiklan program atau acara yang bakal dilangsungkan.
Berikut ialah carta rujukan bagi menyemak caj bayaran untuk setiap permohonan permit penggantungan sepanduk :
No. JENIS PERMOHONAN CAJ BAYARAN SEMASA
1 Acara/ Majlis anjuran Kerajaan Negeri Percuma Caj proses – RM20.00
2 Acara/ Majlis anjuran bersama pihak ketiga & Kerajaan Negeri Tiada dasar
3 Acara/ Majlis anjuran Kerajaan Persekutuan/Badan Berkanun Percuma Caj proses – RM20.00
4 Acara oleh Institusi Pendidikan (Sekolah, Institut dll) Tiada dasar
(kurang dari 5 sepanduk) Tiada dasar
(lebih dari 6 sepanduk) Tiada dasar
5 Acara/ Majlis anjuran Parti Politik Percuma
(Majlis makan malam/ ceramah) Caj proses – RM20.00
6 Kempen-kempen sosial setempat seperti derma Percuma
darah, gotong-royong/ Pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dan sebagainya Caj proses – RM20.00