“Cho Ha datang ke sini lihat sendiri” – KM

SEBAHGIAN daripada kawasan kaunter tiket yang digenangi air setinggi satu inci baru-baru ini berikutan hujan lebat di LTABL yang dirakam salah seorang penumpang disini
SEBAHGIAN daripada kawasan kaunter tiket yang digenangi air setinggi satu inci baru-baru ini berikutan hujan lebat di LTABL yang dirakam salah seorang penumpang disini

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWNKetua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng meminta MenterI Pengangkutan, Datuk Seri Khong Cho Ha agar datang ke Pulau Pinang untuk melihat sendiri keadaan serta masalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) yang sekian kalinya mengalami kebocoran dan banjir apabila hujan lebat sejak ianya dinaiktaraf.

Ekoran kejadian hujan lebat yang berlarutan di sini baru-baru ini telah mengakibatkan sebahagian kawasan LTABL dilimpahi air menerusi beberapa bahagian siling bumbung yang bocor berhampiran dewan berlepas dan kaunter tiket.

Guan Eng berkata, beliau berharap projek naiktaraf LTABL benar-benar berkualiti dengan nilai anggaran baik pulihnya sebanyak RM250 juta.

“Kita (Kerajaan Negeri) harap Chong Ha sebagai Menteri Pengangkutan buat kerjanya dan datang ke sini lihat sendiri dengan mata bahawa apakah yang berlaku di lapangan terbang. Keadaan ini amat sedih dan memalukan.

“Ini adalah satu projek besar, direktor projek dan Malaysia Airport Berhad (MAB) seharusnya turun padang untuk monitor dan melakukan pemeriksaan,” ujarnya pada satu sidang akhbar di Komtar berhubung isu ini di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyatakan kebimbingan adakah projek baikpulih LTABL tersebut dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Dengan apa yang berlaku dan masalah yang dihadapi, adakah projek baik pulih LTABL dapat disiapkan sepenuhnya mengikut jadual pada 24 November 2012 depan.

“Ini amat membimbangkan. Saya berharap perkara ini dapat ditangani dengan serius dan LTABL seharusnya menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Pulau Pinang dan bukannya memalukan,” ujarnya.