Choo Kiang Speaker DUN P.Pinang

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

LAW Choo Kiang.
LAW Choo Kiang.

 

GEORGE TOWN -Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-13 pada pagi Jumaat ini dimulakan dengan istiadat pelantikan Speaker.

Ketua Menteri, Y.A.B. Lim Guan Eng mencadangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Law Choo Kiang sebagai Speaker DUN, lalu, dimahsyur tanpa pencalonan lain.

Istiadat mengangkat sumpah sebagai ADUN sekaligus dilakukan oleh Choo Kiang, diikuti oleh semua ADUN lain.

“Saya berharap perjalanan sidang Dewan berjalan lancar,” ujar beliau mengalu-alukan pembukaan sidang DUN pagi ini.

Adun Sungai Bakap, Maktar Shapee disebut-sebut sebagai Timbalan Speaker.

Speaker DUN Pulau Pinang penggal DUN lepas adalah Datuk Abdul Halim Hussain.