‘Cleaner Greener di Titi Teras

 

CHOW Kon Yeow (empat dari kiri) menanam pokok teduhan bersempena Program Pulau Pinang Bersih dan Hijau di sini baru-baru ini.
CHOW Kon Yeow (empat dari kiri) menanam pokok teduhan bersempena Program Pulau Pinang Bersih dan Hijau di sini baru-baru ini.

 

 

BALIK PULAU – Pengisian berkonsepkan pendidikan terhadap pemuliharaan alam sekitar telah dijalankan dengan jayanya hasil penglibatan kira-kira 1,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat di Titi Teras di sini baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, selain taklimat mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar yang menfokuskan kepada amalan kitar semula, turut diadakan adalan aktiviti menanam pokok teduhan, pengedaran beg plastik kitar semula, pertadningan gubahan barang buangan dan pertandingan ‘Rumah Ku Bersih & Harmoni’.

Turut hadir bagi menjayakan program yang dijalankan di Dataran Masjid An-Nur Titi Teras adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Lalulintas, Chow Kon Yeow.