COVID-19: ADUN Berapit bantu pusat pelindungan komuniti terputus bekalan makanan

Admin

BERABIT – 14 pesakit HIV termasuk ibu tinggal serta sembilan pekerja di sebuah pusat pelindungan komuniti terputus bekalan makananan dan keperluan asas lain ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Heng Lee Lee memberitahu bahawa pihaknya mengetahui perkara itu setelah dihubungi oleh Community AIDS Service Pulau Pinang.

Menurutnya, kedua-dua pengerusi dan setiausaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dimaklumkan masih tidak dapat keluar dari Kuala Lumpur mengakibatkan kerja-kerja pentadbiran seperti urusan gaji dan penyediaan bekalan makanan di pusat perlindungan tersebut tergendala.

“Saya telah menerima panggilan daripada ‘Community Aids Service’ Pulau Pinang.

“Selepas memahami keperluan yang diperlukan oleh tempat perlindungan ini, kami telah menghantar barangan kering, makanan dalam tin, minuman dan juga sayur sayuran.

“Tiada sesiapapun harus mengalami kelaparan, setakat hari ini, semua orang perlu untuk mendapatkan makanan,” jelasnya menerusi kenyataan bertulis pada 27 Mac 2020.

Dalam pada itu, Heng Lee Lee turut merakamkan penghargaan kepada pemborong sayur-sayuran, En Chiap Hong kerana membantu beliau memenuhi keperluan asas penghuni di pusat perlindungan komuniti tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB