Daftar PADU demi kemudahan sistem penyampaian kerajaan

Admin
07070543 8f8d 4f2b b5f4 038596a39e60

GEORGE TOWN – Sehingga 14 Februari 2024, cuma 162,548 penduduk Pulau Pinang mendaftar Pangkalan Data Utama (PADU) atau bersamaan 12.9 peratus daripada sasaran ditetapkan.

 

 

Justeru, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyeru kepada seluruh penduduk negeri ini untuk segera membuat pendaftaran agar maklumat lebih tepat dan terkini dapat dikemas kini untuk kemudahan sistem penyampaian kerajaan.

 

 

 

“Analitik yang tepat akan memastikan keputusan yang penting kerana kerajaan ingin menggunakan maklumat berkaitan untuk mencapai tujuan dalam sebarang program yang ingin disampaikan kepada rakyat misalnya pelaksanaan insentif kepada golongan memerlukan.

 

 

“Jadi, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah digalakkan mendaftar atau mengemas kini maklumat masing-masing bagi memastikan tiada yang tercicir,” ujarnya bersempena ‘PADU Hour’ di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Komtar di sini sebentar tadi.

 

c19bafe4 1863 4a21 a6c1 7f5861fd6819

 

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Pulau Pinang, Khairolnizam Hassan.

 

 

Mengulas lanjut, Kon Yeow memaklumkan DOSM mensasarkan 1.2 juta penduduk Pulau Pinang untuk mendaftar atau merangkumi 80 peratus rakyat negeri ini.

 

 

 

“Kita masih jauh lagi untuk mencapai matlamat disasarkan, oleh itu, kita perlu tambah baik publisiti supaya lebih ramai rakyat kita sedar untuk tampil ke hadapan mendaftar,” ujarnya.

 

 

 

DOSM dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JaPEN) Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaa Negeri Pulau Pinang, pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta pelbagai agensi telah membuka 270 kaunter bergerak di pebagai lokasi sejak 2 Januari lalu.

 

 

Bagi pecahan mengikut daerah, Timur Laut mencatatkan pendaftaran tertinggi dengan 48,916 orang, diikuti Seberang Perai Utara (35,555), Seberang Perai Tengah (33,323), Barat Daya (24,117) dan Seberang Perak Selatan (20,627).

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS

Video : LAW SUUN TING