Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mencipta sejarah tersendiri dengan penganjuran ‘City Walk 2013’ sempena meraikan Hari Bandar 2013 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Januari tahun depan.
Mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas layak menyertai saingan terbuka tersebut. Kebenaran waris diperlukan bagi peserta di bawah umur 18 tahun.
Itu, tidak termasuk senamrobik yang bermula pada jam 7.30 pagi, dijadualkan turut menerima penyertaan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng. Yang Dipertua MPPP, Yang Dipertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail berkata, jalanan kaki sejauh 5 kilometer bakal bermula pada jam 8.00 pagi dari Lebuh Pantai, di sini.
“Acara ini boleh menampung 3,000 peserta sahaja. Yuran pendaftaran adalah RM5 bagi peserta berusia 12 tahun ke atas,” katanya pada sidang akhbar di Komtar baru-baru ini.
Tambah beliau, peserta berumur 12 tahun dan ke atas akan diberikan baju kemeja T. Tidak cukup dengan itu, jelasnya, mereka yang berjaya menamatkan acara jalanan kaki dalam masa kurang daripada dua jam layak untuk menerima cabutan bertuah.
Sepanjang acara itu berlangsung, beliau berkata, beberapa jalan sekitar “George Town Zon Warisan Dunia UNESCO” bermula dari Lebuh Pantai, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Lebuh Light, Jalan Penang, Lebuh Muntri, Love Lane, Lebuh Buckingham, Lebuh Acheh, Lebuh King dan Lebuh Gereja sebelum menuju kembali ke lokasi pelepasan jalanan kaki akan ditutup.
Ta r i k h t u t u p u n t u k pendaftaran peserta adalah pada 10 Disember depan, manakala, baju kemeja T boleh mula dituntut pada 30 Disember depan antara jam 10 pagi hingga 4 petang di pentas terbuka teater, Taman Perbandaran Pulau Pinang. Info lanjut, sila hubungi Shariff 04-2270618, atau Elyn Ong 012-4532704 atau emel, [email protected].