DAP Pulau Pinang perlu naratif baru hadapi PRU15 – Kon Yeow

Admin

GEORGE TOWN – Parti Tindakan Demoktarik (DAP) Pulau Pinang perlu melihat naratif baharu yang berbeza daripada pillihan raya umum lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa landskap politik ketika sangat berbeza susulan ‘Langkah Sheraton’ yang berlaku pada 2020.

“Oleh itu, kami perlu ada naratif yang berbeza.

“Jika naratif itu betul, kami mampu capai prestasi sebaik pilihan raya umum yang lalu.

“Walau apa pun yang berlaku, adalah sangat penting untuk kami menyediakan naratif yang betul dan keyakinan untuk menang sekali lagi.

“Senario politik berubah dengan sangat pantas dan peluang kami juga turut berubah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) 2022 dekat Pusat Konvensyen Setia SPICE di sini pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow menyatakan bahawa projek Penang South Islands (PSI) akan dimulakan selepas Kerajaan Negeri menerima kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

“Setakat ini kita masih menunggu kelulusan bagi EIA yang telah dikemas kini,” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa PRU15 masih berpeluang untuk didakan pada tahun ini.

“Seperti yang saya katakan, setiap keputusan adalah bergantung kepada ‘lima pimpinan teratas Umno’. Jadi, kita tunggu mesyuarat ‘lima pemimpin utama Umno’ yang akan diadakan secepat mungkin,” katanya.