Dasar dan penguatkuasaan tangani jenayah alam sekitar secara bersepadu

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dekat pejabatnya di Komtar.

Delegasi berkenaan diketuai Pengarah baharu dilantik, Sharifah Zakiah Syed Sahab.

Mengiringi beliau ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan-Operasi, Abdul Aziz Parmin; Ketua Penolong Pengarah-Pembangunan, Mohd, Fitri Mohktar; Pegawai Kawalan-Unit Pendidikan dan Pengawasan, Mohammad Izwan Mohammad Aminuddin dan Ketua Cawangan Bayan Lepas, Ramli Manap.

Dalam pertemuan selama 30 minit tersebut, isu-isu alam sekitar antaranya pencemaran menjadi fokus perbincangan utama.

Turut diperincikan adalah akta, dasar serta penguatkuasaan yang dilihat mampu memainkan peranan dalam menangani jenayah alam sekitar secara bersepadu.

Turut serta, Exco Alam Sekitar dan Kebajikan, Phee Boon Poh.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar: AHMAD ADIL MUHAMAD