Delagasi Hokkaido disambut meriah

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Baru-baru ini, delegasi yang terdiri daripada 16 individu dari Pertubuhan  Pelancongan Hokkaido (Hokkaido Tourism Organization – HTO) hadir ke Pulau Pinang dalam rangka mempromosi pelancongan Hokkaido, Jepun kepada warga Pulau Pinang.

PARA delegasi HTO bergambar kenang-kenangan bersama Law Heng Kiang (berdiri, sebelas dari kiri) pada masjlis sambutan yang diadakan di sini baru-baru ini.
PARA delegasi HTO bergambar kenang-kenangan bersama Law Heng Kiang (berdiri, sebelas dari
kiri) pada masjlis sambutan yang diadakan di sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang, Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih di atas kehadiran HTO ke negeri ini sambil menyatakan bahawa Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi pelancongan sesuai untuk pelancong dalam negara dan juga luar negara terutamanya dari Jepun.

“Sungguhpun tidak mempunyai penerbangan terus ke Jepun dari sini (Pulau Pinang), jumlah kemasukan pelancong Jepun ke Pulau Pinang adalah antara yang tertinggi selain Indonesia, Singapura, China dan Amerika Syarikat pada tahun lalu,’’ katanya ketika ucaptama Majlis Sambutan Delegasi HTO ke Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Jawatankuasa HTO (Central Division), Koji Wasaka berkata, walaupun Hokkaido adalah sebuah pulau yang besar, namun, penduduk di Hokkaido sebenarnya kecil.

“Kami telah menerima kemasukan pelancong yang ramai dari Malaysia dan Thailand dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Reaksi positif ini diharap dapat meningkatkan ekonomi Hokkaido,” ujar Koji yang turut mempromosikan beberapa tarikan istimewa Hokkaido antaranya Hokkaido Nobori-betsu, gunung USU Geopark dan Musium Ainu.

Pada masa sama, Koji juga melahirkan harapan bahawa Hokkaido akan mengikuti jejak langkah Pulau Pinang untuk memasang papan tanda pandu arah bilingual (dwi-bahasa) untuk kemudahan pelancong yang datang ke Hokkaido pada masa akan datang.

Hokkaido yang terletak di utara Jepun merupakan pulau kedua terbesar di Jepun dan mempunyai populasi penduduk lebih daripada lima juta.