AIR ITAM – Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy berkata bahawa pihaknya berharap inisiatif agensinegeri, Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (HEB) yang berjaya membina dewan urus jenazah dekat Padang Tembak dapat memberi kemudahan lebih baik kepadakomuniti lokal terutama dalam kalangan kelompok isi rumahberpendapatan 40 peratus paling rendah (B40) di sini.
“Penduduk di sekitar (Padang Tembak) telah dipilih kerana saya dimaklumkan mereka menetap di kediaman rumahpangsa yang padat serta tidak mempunyai kemudahan sesuaiuntuk tujuan penyimpanan mayat.
“Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut (PDTDTL) telah meluluskan LesenPendudukan Sementara bagi tapak seluas 1,873 kaki persegidi Plot A, Seksyen 2, Bandar Air Itam dengan kadar sewatahunan yang nominal,” ujarnya selaku Pengerusi HEBsewaktu menyempurnakan majlis perasmian pembukaandewan urus jenazah tersebut di sini pada 13 Mei 2023.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee; ADUN Bagan Dalam, M. Satees serta Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato. Ir. A. Rajendran turut sertai majlis tersebut.
Semasa berucap, Ramasamy memberitahu bahawa HEB telahmemperuntukkan RM302,000 bagi menjayakan projekpembinaan kemudahan khusus untuk penganut agama Hindu menguruskan jenazah penduduk lokal, sementara bakiRM50,000 lagi disumbangkan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera.
“Diharapkan dengan kemudahan yang telah disediakan ini, iadapat memudahkan penduduk sekitar serta dapatdimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua pihak,” jelasnyayang juga ADUN Perai.
Buletin Mutiara difahamkan bahawa dewan urus jenazah tersebut terdiri daripada tiga bilik penyimpanan mayat yang masing-masing berkeluasan 450 kaki persegi serta dilengkapidengan fasiliti penyaman udara dan kipas.
Mengulas lanjut, Ramasamy memberitahu bahawa dewan urus jenazah tersebut juga turut mempunyai kemudahantandas, bilik stor serta dilengkapi dengan reka bentuk sejagatseperti laluan khas (ramp) untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
Menjawab soalan pemberita selepas itu, Ramasamy menyatakan bahawa pihaknya berharap semua kemudahan dewan urus jenazah tersebut turut dapat dimanfaatkan oleh kelompok B40 bukan Islam yang bukan beragama Hindu.
“Kadar sewa bakal dikenakan dengan caj berpatutan kepadapengguna bagi penggunaan bilik mayat di dewan jenazahberkaitan.
“Bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakanperkhidmatan di dewan jenazah ini boleh menghubungi HEB di talian 04 – 226 2593 atau 012 – 492 6734,” ulasnya lanjut.
Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : REVATIC GOVINDARAJU