Disiplin, keazaman tinggi kunci kejayaan SJKC Min Sin ungguli pertandingan kawad kaki badan beruniform 

52b774e9 545e 480a 8e90 70d82551e37a

DISIPLIN dan keazaman yang tinggi menjadi kunci kejayaan pasukan kawad kaki dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Sin muncul juara dan mengungguli Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Guru Besar SJKC Min Sin, LIM YIN CHAO ketika ditemui berkata, tanpa disiplin diri yang tinggi dalam kalangan murid-murid yang menyertai acara tersebut tidak mungkin sekolah berkenaan beroleh kejayaan membanggakan.

1ef4454b ed2a 469c a5c4 46fc10ddf0f2

“Tidak kira panas terik ataupun hujan, murid-murid tetap tabah berdepan semua itu, bukan senang.

“Jika tengok masa mereka sertai perbarisan Hari Kebangsaan pun berdepan keadaan cuaca yang sama.

“Murid-murid telah lakukan yang terbaik walaupun ini bukanlah dalam bidang akademik, semua ini datang dengan satu ‘harga’ yang tersendiri sebelum mengukir kejayaan,” ujarnya semasa ditemu bual oleh wartawan Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIFLI bersama-sama jurugambar, LAW SUUN TING di SJKC Min Sin pagi tadi.

fbd3a80b e5f9 44b1 a83e 34f4389fcefb

Hadir sama, Guru Pembimbing selaku jurulatih, Ang Aik Fung dan Khaw Feng Khian serta Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Lee Zheng Yong.

Buletin Mutiara dimaklumkan bahawa pertandingan ini merupakan yang pertama sekolah berkenaan menggondol kejuaraan kawad kaki melalui pasukan badan beruniform.

“Pasukan Pengakap SJKC Min Sin muncul juara bagi kategori lelaki dan perempuan.

36756d8e c432 482d 87d4 8d8a61f75259

“Manakala bagi pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) kategori lelaki muncul naib johan dan TKRS kategori perempuan di tempat ketiga,” katanya Yin Chao yang bangga dengan pencapaian anak muridnya.

Yin Chao memberitahu, keseimbangan antara akdemik dan kurikulum turut menjadi cabaran bukan sahaja kepada pihak sekolah tetapi juga kepada murid-murid dalam memastikan prestasi pelajaran tidak terganggu.

Namun, beliau bersyukur kerana perkara yang paling dititikberatkan pihak sekolah dalam menjaga keseimbangan tersebut tidak mengganggu gugat proses pembelajaran.

“Kami (pihak sekolah) faham mengenai cabaran tersebut dan tidak terkecuali ibu bapa yang perlu menghantar, mengambil anak-anak ke sesi latihan, ke kelas tuisyen dan sebagainya.

“Walau bagaimanapun, saya lihat perkara ini dapat ditangani dengan baik oleh semua baik ibu bapa mahupun murid-murid, lantas ia telah membuahkan kejayaan,” jelasnya.

ace6205d 083c 4b7c 86be dcb9c15519c0

Dalam pada itu, menyentuh mengenai latihan, Aik Fung memberitahu bahawa persediaan rapi telah dilakukan oleh pihak sekolah selama lapan bulan.  

“Setiap hari latihan dijalankan jam 1.10 petang hingga 3.10 petang, adakalanya mungkin sampai ke 3.30 petang.

“Murid-murid memberikan komitmen yang tinggi sepanjang sesi latihan, walaupun ada yang mungkin lemah, namun semangat untuk belajar dan memberi yang terbaik sangat tinggi, itu yang saya ‘tabik’ kepada mereka.

“(Dan) kalau boleh memang saya rancang untuk tidak mengganggu waktu hujung minggu bagi membolehkan mereka berehat dengan keluarga atau aktiviti selain daripada sekolah,” katanya.


d24761c5 b881 44b4 8527 528d77f4c1dfSementara itu, Zheng Yong memberitahu bahawa PIBG turut bermurah hati menaja 95 set pakaian seragam TKRS dan Pengakap untuk bertanding pada pertandingan tersebut.

“Itu antara pengorbanan besar yang dilakukan oleh PIBG sebagai langkah menyokong penyertaan anak-anak SJKC Min Sin ini.

“Selain itu ramai yang mungkin tidak tahu, sekiranya ada aktiviti yang memerlukan kewangan, ada ibu bapa yang secara sukarela akan memaklumkan tidak perlu mencari dana.

“Mereka bersedia untuk mengeluarkan duit poket mereka demi anak-anak kerana kemampuan dan dianggap satu pelaburan untuk masa depan anak-anak mereka,” ulasnya lanjut.

Mengakhiri bicara, keempat-empat individu yang turut menjadi tulang belakang kejayaan SJKC Min Sin mahu memberi fokus untuk menyertai pertandingan kawad kaki badan beruniform pada peringkat kebangsaan pula.

Sebelum itu, Buletin Mutiara difahamkan bahawa pihak sekolah perlu menyediakan video untuk dinilai oleh panel sebelum menyertai pertandingan secara fizikal di Kuala Lumpur kelak.