Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
AIR ITAM – Sempena pra-sambutan ulangtahun ke-50 syarikat kargo logistik, Wan Hai (Lines) Malaysia Sdn. Bhd. (Wan Hai) baru-baru ini, pihak terbabit mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Derma Darah di Hospital Carl Corrynton di sini.
Pengurus Wan Hai Cawangan Pulau Pinang, Ken Lew berkata, kempen tersebut merupakan program tanggungjawab korporat sosisal (CSR) pihak syarikat yang bertujuan menambah bekalan darah sedia ada Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Jemputan program yang julung kali diadakan ini tidak terhad kepada kakitangan Wan Hai semata-mata.
“Sebaliknya, ia turut dilanjutkan kepada pihak syarikat-syarikat logistik dan kargo lain bagi membolehkan sasaran kempen sebanyak 100 paket darah dicapai,’’ katanya pada sidang media penganjuran Kempen Derma Darah Wan Hai di sini baru-baru ini.
Hadir menyempurnakan majlis perasmian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Air Itam. Hon Wai dalam pada itu menyeru badan-badan swasta supaya mencontohi usaha dilaksanakan dua syarikat berkaitan dalam membantu golongan memerlukan.
Wan Hai merupakan sebuah syarikat bergiat dalam industri kargo logistik dunia berasal dari Taiwan.
Operasinya mula bertapak di Asia Pasifik termasuk Malaysia pada tahun 1976 dan kini syarikat terbabit berada pada kedudukan ke-21 dunia membabitkan bidang pengedalian kontena.