Dua bas perantara untuk peminat skuasy

Admin

UNTUK PEMINAT … Bersempena penganjuran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia Ke-29, sebanyak dua bas perantara ulang alik disediakan dari Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol Ann David, Batu Uban ke arena Subterranean Penang International Conference and Exibition (SPICE), Bayan Baru.

Inisiatif tersebut adalah bagi membolehkan para peminat khususnya peminat tempatan melihat sendiri aksiaksi jaguh skuasy bertaraf antarabangsa yang julung kali beraksi di Pulau Pinang.

Sebagai identiti, dua bas tersebut ‘dibalut’ dengan poster kejohanan.

Hadir merasmikan majlis tersebut adalah Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng dan Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang juga ahli jawatankuasa pengelola program, Datuk Ar. Patahiyah Ismail.

Turut serta, Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David, pemain negara, Low Wee Wern dan rakan sepasukan.

Sebagai simbolik, seramai 20 kanakkanak kurang upaya turut dibawa menaiki bas berkenaan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.