Edar limau mandarin pupuk semangat muhibbah

Oleh: AHMAD ADIL MUHAMAD

MUHIBBAH… Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani baru-baru ini mengedarkan ratusan buah limau mandarin kepada para penduduk dan pengunjung Pasar Awam Taman Chai Leng sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Difahamkan, program edaran buah limau yang diadakan adalah bertujuan memupuk semangat muhibbah dalam kalangan penduduk dan bersamasama meraikan kemeriahan perayaan walaupun berlainan bangsa.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Prof. Dr. P. Ramasamy, Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), P. David Marshel dan beberapa ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Inderawasih.

Dalam pada itu, Kasthuriraani turut meluangkan masa mendengar aduan dan permasalahan dihadapi para peniaga dan pengunjung pasar berkenaan.