Edisi khas : Kerajaan PR komited jaga kebajikan penghuni rumah awam

Admin

 

WONG Hon Wai.
WONG Hon Wai.

DI bawah pemerintahan Kerajaan PR, isu-isu rumah dan projek-projek rumah yang terbengkalai dengan tempoh melebihi 10 tahun telah diberi perhatian atau dengan kata lain telah ’dihidupkan’ semula bagi kepentingan semua pihak.

Projek yang dimaksudkan antaranya adalah projek perumahan di Taman Cemerlang, Bandar Baru Air Itam melibatkan lebih 1,000 pembeli dan di Taman Pekatara, Seberang Perai Selatan (OC telah diperoleh untuk Fasa I dan Fasa II).

Malah, Kerajaan Negeri juga melalui bajet tahunan telah menyalurkan peruntukan sekurang-kurangnya RM10 juta setiap tahun kepada pembaikpulihan 45 projek perumahan awam di Pulau Pinang mulai tahun 2009 dalam tempoh lima tahun.

Sebelum tahun 2008, peruntukan kecil sebanyak RM1 juta sahaja diberikan. Antara projek perumahan yang akan mendapat manfaat daripada peruntukan Kerajaan Negeri adalah Rumah Pangsa Padang Tembak, Kampung Melayu, Taman Tun Sardon, Rumah Pangsa Ampang Jajar di Butterworth, Rumah Pangsa Desa Wawasan di Bukit Mertajam.

Pada masa sama, demi komitmen Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan orang-orang kurang berada yang menghuni di perumahan awam, usaha khas turut diambil bagi membaikpulih lebih 50 unit rumah kosong terbiar di Rumah Pangsa Padang Tembak. Sebelum ini, rumah-rumah tersebut telah terbiar dan tidak dihuni dalam tempoh 10 tahun. Inisiatif berkenaan telah memberikan peluang kepada golongan kurang berada untuk menyewa unit-unit tersebut.

Umumnya, terdapat perbaharuan dari segi undang-undang dan peraturan perumahan. Enakmen Lembaga Perumahan Pulau Pinang 2010 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dengan penubuhan satu entiti kursus untuk menguruskan hal-ehwal perumahan di Pulau Pinang. Di samping itu, Peraturan Ketumpatan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) juga dirombak pada 28 Jun 2010 bagi memberi panduan baru kepada pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

Pembangunan perumahan juga diberikan fokus utama berikutan kelulusan pelan-pelan baru di kawasan pembangunan baru di Daerah Barat Daya dan Seberang Perai. Ini dapat membantu pemilikan rumah mampu milik di kawasan-kawasan baru.

Di samping itu, satu Jawatankuasa Khas Pengurusan Hartanah Strata telah ditubuhkan sebagai fokus kepada pengeluaran hakmilik strata dan isu bersampingan bangunan tinggi.

Lanjutan daripafa itu, sistem permohonan baru rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dilancarkan dengan program E-Perumahan http://erumah.penang.gov.my untuk memberikan maklumat kepada orang ramai tentang kedudukan terkini.

WONG Hon Wai (tengah, berkca mata) bergambar kenang-kenangan dengan penduduk Kampung Melayu bersempana satu program komuniti yang dijalankan di sini baru-baru ini.
WONG Hon Wai (tengah, berkca mata) bergambar kenang-kenangan dengan penduduk Kampung Melayu bersempana satu program komuniti yang dijalankan di sini baru-baru ini.

Coret-coret Pengerusi Jawatankuasa Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai

SERINGKALI apabila Hon Wai menghadiri majlis-majlis kesenian Kerajaan Negeri, isteri dan anak-anak kecil beliau akan turut serta.

Semenjak saya jadi ADUN Air Itam, hampir semua masa diluangkan untuk penduduk-penduduk kawasan dan juga tugas saya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

Jadi, bagi memaksimumkan masa bersama keluarga dan bagi memberi pendedahan kepada anak-anak saya, saya cuba menanam tabiat mereka untuk mengadakan lawatan ke balai seni lukis, muzium dan juga menghayati persembahan kesenian,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Ketika baru dilantik sebagai seorang Ahli MMK pada tahun 2008, Hon Wai berasa bagaikan beban jatuh ke atas bahu ekoran tanggungjawab bagi membela nasib rakyat jelata. Bagaimanapun, cabaran terseb ut disambut dengan tabah berasaskan latar belakang beliau sebelum ini sebagai seorang peguam. Misi Hon Wai adalah untuk membina sebuah negara yang lebih demokratik, terbuka, adil dan maju.

Antara peristiwa yang menjadi kenangan beliau sepanjang bergelar Ahli MMK adalah usaha dan kejayaan mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf infrastruktur di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) (Tamil) Rajaji.

Hari ini, bilik darjah yang dipisahkan oleh papan dan dimakan anai-anai telah bertukar menjadi batu-batan. Lantai simen telah bertukar menjadi jubin. Siling sekolah yang hampir runtuh telah dipasang baru,’’ jelas beliau.

Ikrar Hon Wai untuk menjadi seorang wakil rakyat yang mewakili semua kaum dan akan terus berjuang demi semua warga Pulau Pinang.