Edisi khas : Kerajaan PR untuk semua, bukan hanya hal ehwal agama Islam

Admin

KETUA Menteri (tunduk, dua dari kanan) bersama P.Ramasamy (tunduk, kanan sekali) bersama meraikan perayaan Ponggal pada Februari lalu.
KETUA Menteri (tunduk, dua dari kanan) bersama P.Ramasamy (tunduk, kanan sekali) bersama meraikan perayaan Ponggal pada Februari lalu.

FOKUS Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) bukan hanya tertumpu kepada pembangunan hal ehwal agama Islam, sebaliknya, adalah menjadi komitmen pihak pemerintah untuk turut membangunkan kepentingan serta kebajikan kaum-kaum lain khususnya Cina dan India.

KUIL Sri Mariamman di Jalan Kapitan Keling berwajah baru.
KUIL Sri Mariamman di Jalan Kapitan Keling berwajah baru.

Bersempena dengan Minggu Harmoni Antara Agama Sedunia (World Interfaith Harmony Week) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Februari 2011, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan satu portfolio di bawah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk mengendali dan mempromosi kesefahaman agama. Portfolio ini diketuai oleh Y.A.B. Ketua Menteri dan dibantu oleh Timbalan Ketua Menteri II, Professor Dr. P. Ramasamy.

GEREJA Katolik Risen Christ, Air Itam.
GEREJA Katolik Risen Christ, Air Itam.

Walaupun ada perbezaan di antara kita, namun, kita bersatu dalam satu aspirasi bersama untuk amalan-amalan baik dan nilai-nilai moral yang universal berlandaskan keamanan, keadilan, dan keharmonian. Kredo portfolio ini adalah mengamalkan kerjasama bukan konfrontasi, saling menghormati dan pengertian sesama kita.

Oleh kerana George Town merupakan Tapak Warisan Sedunia UNESCO, maka ini dapat mempromosikan kepelbagaian dan interaksi manusia yang positif dari segi budaya, agama dan sosial.

Demi rakyat, kerajaan PR memperuntukkan :

Bil.

Tahun

Sek. Cina & Mubaligh (90 SJK (C) ; 10 SMJK ;

5 SM Persendirian ;

24 SK & SMK Mubaligh)

(RM juta)

Tamil

28 SJK (T)

(RM juta)

18 Sek. Agama Rakyat

(RM juta)

Jumlah

(RM juta)

1

2009

5.5

1.5

1.5

8.5

2

2010

7.8

1.75

(termasuk 2 Sek. Punjabi)

1.75

(termasuk sumbangan untuk guru-guru)

11.3

3

2011

8.5

1.75

1.75

12

Bukan hanya pada aspek pendidikan, malah, peruntukan khas turut disalurkan terutamanya untuk pembangunan agama, kominiti, kebajikan dan sosial.

KETUA Menteri (tiga dari kiri) bersama sami-sami, Konsul-Jeneral Thailand dan Jepun pada perayaan Hari Wesak.
KETUA Menteri (tiga dari kiri) bersama sami-sami, Konsul-Jeneral Thailand dan Jepun pada perayaan Hari Wesak.